Fasha Sandha minta maaf selepas aksi ‘daring’ bersama suami dalam kolam dikecam netizen

Fasha Sandha minta maaf selepas aksi ‘daring’ bersama suami dalam kolam dikecam netizen.

Tenang mendepani kritikan netizen, pelakon Fasha Sandha memohon maaf dan menegaskan rakaman babak intim dalam kolam bersama suaminya, Aidil Aziz yang dimuat naik dalam Instagram hari ini dilakukan atas tuntutan kerja.

Pemilik nama penuh Nur Fasha Sandha Hassan, 39, itu bagaimanapun berlapang dada menerima segala kecaman yang dilemparkan terhadapnya selepas video tersebut tular.

“Kalian yang memuji dan mengeji, terima kasih.

“Saya bertugas, makan gaji dan bukan bos, masih kuli. Hanya menjalankan tugas dan komitmen.

“Minta maaf kepada yang tak suka saya berpelukan dengan suami sendiri,” katanya.

Tidak melenting, dia sebaliknya menganggap segala kritikan itu sebagai tanda keprihatinan semua pihak terhadapnya.

“Saya sayang semua tidak kiralah yang menyukai atau membenci.

“Orang menegur, mengecam dan memuji bermakna masih ambil tahu serta sayang.

“Di dalam dunia ini perlu ada orang tegur dan kecam juga untuk menjadikan kita manusia yang lebih baik, insya-Allah,” ujarnya.

Dia yang popular menerusi drama Rampas Cintaku itu turut menzahirkan rasa syukur kerana perkahwinan yang dibina bersama Aidil masih kekal bertahan sehingga hari ini.

“Pejam celik dah 6 tahun kami bersama, syukur.

“Ya, perkahwinan ni adalah pinjaman daripada Tuhan, kita pun tidak tahu berapa lama cuma mendoakan agar berkekalan hingga ke akhir hayat.

“Doakan yang baik-baik, semoga berbalik juga kepada kalian,” jelasnya.

Menerusi perkongsian sama, dia turut memuat naik beberapa tangkap layar kecaman yang dilempar terhadapnya berhubung babak ghairah tersebut.

Hari ini, Fasha mencuri perhatian dan mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen selepas memuat naik video dia melakukan aksi ‘daring’ bersama Aidil dalam sebuah kolam

Difahamkan, babak tersebut antara gimik promosi sebuah jenama produk yang dijangka dilancarkan pada 16 September depan. – Sumber

Baca Lagi:Niat nak mencari kerja bertukar jadi episod malang, remaja kena kurung dalam rumah, diliwat beberapa kaliAksi angsa menyibuk di tempat kemalangan buat ramai terhibur“Setakat RM8 hang tu aku tak heran, customer aku ramai lagi” – Pekedai mengamuk campak duit RM8 selepas kena tegur tiada adab

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments