Lelaki bunuh isteri depan anak-anak sempat mandikan jenazah isteri sebelum menyerah diri

Lelaki bunuh isteri depan anak-anak sempat mandikan jenazah isteri sebelum menyerah diri.

Seorang lelaki yang melakukan pembunuhan kejam dan memandikan jenazah isterinya didapati melakukan perbuatannya di hadapan anak-anaknya di rumah sewa Cikarang Barat, Kabupaten Bekasi, Indonesia.

Tertuduh, Nando, 25, didakwa menikam isterinya, Mega Suryani, 24, dengan senjata tajam pada Khamis lalu dan kemudian mayat ditemui pada Ahad.

Ketua Siasatan Jenayah Polis Cikarang Barat, Iptu Said ketika sidang akhbar telah mengesahkan suspek membunuh isteri di depan anak-anaknya dan kemudian memandikan jenazah sebelum menyerahkan diri.

“Ya saya mengesahkan Nando melakukan jenayah tersebut di hadapan anak-anaknya semasa kejadian,” katanya yang dipetik Detik.com.

Pemilik rumah sewa, Dewi berkata, Nando didapati mencuci mayat isterinya sebersih-bersihnya selepas melakukan pembunuhan itu.

“Tiada darah dan semuanya dibersihkan…sangat bersih,” katanya.

Dewi menambah, mangsa ditemui tidak berpakaian dan hanya ditutup dengan selimut sehingga leher.

“Saya percaya suami Mega meletakkan isterinya atas katil selepas memandikan jenazah wanita itu,” tambahnya.

Difahamkan mayat Mega ditemui oleh ibunya sendiri selepas datang ke rumah sewa tersebut.

Nando mengaku membunuh isterinya kerana sakit hati sering bertengkar mengenai masalah kewangan dan sering dimaki hamun.

Baca Lagi:Kumpulan ‘Baju Merah’ akan turun jika pemuda PN teruskan demontrasi – JamalBanyak betul idea Aina Abdul..kali ini muncul di Bukit Bintang dengan gaun meleret“Setakat RM8 hang tu aku tak heran, customer aku ramai lagi” – Pekedai mengamuk campak duit RM8 selepas kena tegur tiada adab

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments