Paris Hilton kena serbu di SOGO! Penampilan sopan dan tak sombong dapat pujian peminat

Paris Hilton kena serbu di SOGO! Penampilan sopan dan tak sombong dapat pujian peminat.

Selebriti dan ahli perniagaan Amerika Syarikat, Paris Hilton menggembirakan peminatnya dengan penampilan di KL Sogo pada petang Rabu.

Kehadirannya itu bersempena pelancaran wangian ke-30 beliau yang diberi nama Ruby Rush.

Ratusan peminat berkumpul di pusat pusat beli-belah untuk menyambut ketibaan selebriti berusia 42 tahun itu.

Di media sosial, kehadiran bekas bintang The Simple Life itu menarik perhatian bukan sahaja kerana sikapnya yang ramah dan tidak kekok melayan peminat, tetapi juga penampilannya yang sopan dalam setiap kemunculan sepanjang berada di negara ini.

Hilton juga nampaknya berterima kasih dengan sambutan peminat apabila menyiarkan semula beberapa ciapan peminat di platform X.

Sebelum ke Malaysia, Hilton turut melancarkan wangian yang sama di Bangkok, Thailand pada Isnin.

Akak2 abang2 promoter sogo be sliving with Paris Hilton 💃💅 pic.twitter.com/PUXtjD1ZEK

— azu (@sakurai93) September 13, 2023

Paris Hilton held my phone && took multiple selfies of us together @ Sogo, KL 😭💅💖!!!!!!! pic.twitter.com/Ws8eCU60Jy

— aida aneesa (@_aidaans) September 13, 2023

Ini bagaimanapun bukanlah penampilan umum pertama Hilton di Malaysia.

Pewaris empayar Hilton itu pernah hadir ke Malaysia pada Januari 2015 untuk satu acara di Petaling Jaya.

Hilton kemudian kembali ke sini pada Oktober 2015 untuk melancarkan wangian edisi terhadnya.

Love you all so much! So happy to see everyone today!🥰 I love KL 🇲🇾 pic.twitter.com/awph8RKs0W

— ParisHilton (@ParisHilton) September 13, 2023

Thank you🥹🥲🥰💕 https://t.co/OzmRLq6sHL

— ParisHilton (@ParisHilton) September 13, 2023

Baca Lagi:Aksi angsa menyibuk di tempat kemalangan buat ramai terhibur“Setakat RM8 hang tu aku tak heran, customer aku ramai lagi” – Pekedai mengamuk campak duit RM8 selepas kena tegur tiada adabKumpulan ‘Baju Merah’ akan turun jika pemuda PN teruskan demontrasi – Jamal

About Mat Lan Editor

Check Also

kelibat-4-‘pontianak-berkeliaran-di-pekarangan-snbj-curi-perhatian-ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai. Perlawanan final Piala FA membabitkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments