Konduktor bas pitam selepas terhidu bau durian yang dibawa penumpang

Konduktor bas pitam selepas terhidu bau durian yang dibawa penumpang.

Seorang konduktor bas pitam selepas menghidu bau buah durian yang dibawa penumpang dalam insiden yang turut menyebabkan kenderaan pengangkutan awam itu mengalami kelewatan, lapor portal berita Mothership semalam.

Kussama Srisong menerusi hantaran di laman Facebook pada 8 September lalu berkata, dia sukar bernafas dan pengsan selepas menghidu aroma raja buah itu.

Keadaan itu berlaku katanya, kerana dia alah pada durian.

Kata Kussama lagi, selepas menyedari penumpang tersebut membawa durian, dia menegurnya kerana buah durian dilarang dalam pengangkutan awam di Thailand.

Berdasarkan gambar yang dikongsikan, Kussama dilihat terbaring di atas tempat duduk bas sambil dibantu oleh dua individu.

Tambah Kussama, insiden itu menyebabkan perjalanan bas mengalami kelewatan.

“Apabila anda membawa durian ke dalam bas, bukan sahaja anda tidak boleh meneruskan perjalanan, orang lain juga terpaksa pulang lewat ke rumah disebabkan anda,” katanya pada hantaran tersebut.

Baca Lagi:Suami terkejut terdengar jeritan minta tolong dari kubur isteri setelah sehari dikebumikanDifitnah miliki kediaman mewah berharga RM20 juta di Country Height, Nurulhidayah bakal ambil tindakan undang-undangBanyak betul idea Aina Abdul..kali ini muncul di Bukit Bintang dengan gaun meleret

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments