2 tahun pergi kerja jalan kaki naik bas, rakan sepakat beri hadiah..netizen ingatkan motor rupanya kereta baru.
Mempunyai rakan yang baik sememangnya adalah satu rezeki buat kita
Tambahan lagi, jika mereka sentiasa ada di kala kita berada dalam kesusahan. Selain keluarga, mereka juga penting dalam kehidupan kita.
Baru-baru ini, tular sebuah video memaparkan seorang pemuda menerima hadiah kereta daripada rakan-rakannya telah mencuri perhatian ramai.
Pakat kumpul duit hadiahkan kereta
@ilmamiqbal2 tahun pergi kerja jalan kaki naik bas . Jadi kitaorang bincang kumpul duit ramai2 beli kereta sebiji untuk kau . Harap kau happy dengan hadiah daripada kawan yang tak seberapa ni 🤲🏻♬ original sound – MVM Music
Menerusi video tersebut, kelihatan sekumpulan rakan ketika itu mahu membuat kejutan kepada rakan mereka. Dapat dilihat mereka menutup mata pemuda tersebut sebelum membawanya keluar.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah mereka rupa-rupanya telah berpakat mengumpul duit untuk membelikan sebuah kereta buat rakan mereka.
“2 tahun pergi kerja jalan kaki naik bas. Jadi kita orang bincang kumpul duit ramai-ramai beli kereta sebiji untuk kau. Harap kau happy dengan hadiah daripada kawan yang tak seberapa ni,” tulisnya.
“Ingatkan motor rupanya kereta. Beruntung awak bang” – Netizen
Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi mereka.
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.9M views, 194.5K likes dan 6,292 comments di TikTok.
Baca Lagi:“Saya bukan nak tunjuk hero” – Anggota JPJ yang dirempuh motosikal kongsi kisah sebenarCaprice sudah siap sedia bukti, cabar Ebit Lew hantar segera surat saman!Mangkuk cendol lusuh berdaki pula jadi isu, pelanggan geli nak makan, tak berani tegur takut kena maki