Ibu sempat ajar anak tenat mengucap dua kalimah syahadah sebelum meninggal dunia

Ibu sempat ajar anak tenat mengucap dua kalimah syahadah sebelum meninggal dunia.

Jawapan kepada ajal dan maut seseorang itu hanya Allah SWT sahaja yang tahu.

Mungkin perumpamaan ini tepat sekali menggambar situasi seorang individu yang kehilangan ibu tercinta selepas dirinya pulih daripada sakit.

Gambar hiasan

Diceritakan oleh seorang doktor menerusi platform X, kisah tersebut bermula ketika si anak mengalami masalah sesak nafas dan dikejarkan ke hospital.

“Salah seorang pesakit saya pengsan di klinik beberapa hari lalu. Dia datang dengan keadaan tidak cukup nafas, paru-parunya ketat dan dalam beberapa minit, dia tumbang.

“Kami teruskan dengan CPR untuk 10 minit.

“Ketika sedang melakukan CPR, kami minta ibunya untuk mengajar si anak mengucap dua kalimah syahadah.

“Si ibu dengan segera duduk dan membaca syahadah berulang kali ke telinga anaknya,” tulis doktor berkenaan.

One of my patients collapsed in clinic few days ago, came with very bad SOB, lungs very tight within few minutes he collapse, proceed with CPR for 10 minutes, while CPR i ask the mother to teach her son shahadah,she quickly sat down and recite repeatedly beside her son’s ear

— syazwan azman (@syazwandva) September 14, 2023

Selepas 10 minit, ambulans tiba dan pesakit dibawa ke hospital berdekatan dengan CPR masih diteruskan.

Menurut doktor berkenaan, pesakit selamat dan kini berada di ICU.

“Tapi malangnya, si ibu yang menemani anak mengalami serangan jantung ketika si anak berada di zon merah. Dia tumbang di kawasan hospital.

“Mereka cuba lakukan CPR, tetapi tidak berjaya. Innalillah.

“Apabila fikir semula, salah satu kata-kata akhir si ibu di dunia adalah mengajar anaknya syahadah.

“Tanpa dia sedar, syahadah yang dibaca adalah untuk dirinya.

“Semoga Allah rahmati roh mak cik dan tempatkan mak cik dalam kalangan orang beriman.

“Semoga anak mak cik sembuh dengan baik,” tutup lelaki itu.

Baca Lagi:Hasrat mahu cantik bertukar ngeri, wanita buta selepas suntik ‘dermal filler’Buli: Pelajar tingkatan satu ditumbuk sehingga sesak nafas, dipijak sampai pengsanAktres jelita buka mulut, sahkan hubungan cinta dengan ‘Mr Doktor’ berakhir

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments