Wanita kudung kaki, tangan selepas makan ikan tilapia tidak masak sempurna

Wanita kudung kaki, tangan selepas makan ikan tilapia tidak masak sempurna.

Seorang ibu dari Amerika Syarikat (AS) kehilangan kedua-dua tangan dan kakinya selepas dijangkiti kuman pemakan daging, selepas memakan ikan tilapia yang dipercayai tidak dimasak sempurna.

Wanita dari San Jose, California, Laura Barajas, 40, menjalani pembedahan kecemasan pada Rabu selepas dimasukkan ke hospital selama lebih sebulan bagi melawan jangkitan berkenaan.

Menurut rakannya, Anna Messina, Barajas yang juga ibu kepada seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun itu jatuh sakit beberapa hari selepas dia memasak dan makan ikan yang dibelinya dari pasar tempatan pada akhir Julai.

“Dia hampir kehilangan nyawanya dan bergantung kepada alat pernafasan.

“Dia terpaksa ditidurkan untuk tujuan rawatan. Jari, kaki dan bahagian bawah bibirnya hitam. Dia mengalami sepsis dan buah pinggangnya gagal berfungsi,” katanya kepada stesen berita tempatan di kawasan teluk San Francisco, Kron4.

Messina percaya jangkitan itu disebabkan Vibrio vulnificus, bakteria yang telah diberi amaran mengenainya oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC), AS pada 1 September.

Menurut CDC, orang ramai boleh dijangkiti Vibrio vulnificus dengan mengambil makanan laut mentah atau kurang dimasak mahupun mendedahkan luka di permukaan air laut.

Tambahnya, kira-kira 150 hingga 200 kes jangkitan dilaporkan setiap tahun di AS dan sekitar satu daripada lima orang yang dijangkiti meninggal dunia.

Messina turut mewujudkan halaman khusus di media sosial untuk membantu membayar perbelanjaan perubatan rakannya, iaitu ‘GoFundMe’, di mana sehingga kini lebih AS$35,000 (RM163,940) berjaya dikumpul hasil sumbangan orang ramai.

Baca Lagi:Aktres jelita buka mulut, sahkan hubungan cinta dengan ‘Mr Doktor’ berakhirUsia baru setahun 11 bulan tetapi gelagat ibarat ‘anak dara’, kebolehan memasak di dapur buat ramai kagumSelepas video ‘berendam’ bersama suami tular, pengikut Instagram Fasha Sandha naik mendadak lebih 25,000 orang

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments