Boleh tuntut ganti rugi kalau cermin kereta anda pecah kena batu orang mesin rumput di tepi jalan

Boleh tuntut ganti rugi kalau cermin kereta anda pecah kena batu orang mesin rumput di tepi jalan.

Tidak ramai yang mahu bekerja sebagai tukang potong rumput kerana berpendapat ia adalah kerja yang “tiada class“.

Namun, ketahuilah, ia adalah satu tugas yang mulia kerana mereka sanggup berpanas untuk menjaga kebersihan dan kecantikan negara ini demi kesenangan orang lain.

Akan tetapi, kadang kala para pemotong rumput ini ada melakukan kesilapan yang tidak disengajakan sebagai contoh, mengakibatkan batu terpelanting sehingga terkena cermin kenderaan kita ketika sedang bertugas.

Gambar hiasan

Jadi, apa yang patut kita lakukan sekiranya ia berlaku kepada kereta milik kita? Perkara ini pernah dikongsikan oleh laman Jumpa Kat Mahkamah melalui Facebook mereka sebelum ini.

Bayangkan anda sedang memandu di sebatang jalan dan secara tiba-tiba ada batu melantun ke cermin kereta anda sehingga pecah akibat daripada brader potong rumput kat tepi jalan tu. Apa nak buat? Restart handphone 3 kali untuk teruskan baca.

angan panik. Berhenti ke tepi, ambil gambar dan berjumpa dengan brader mesin rumput tu.

Dapatkan nama penuh dan syarikat kontraktor brader yang membuat kerja mesin rumput itu.

Tahukah anda setiap kerja pemotongan rumput di tepi jalan mempunyai insurans?

Ini kerana pihak berkuasa tempatan MEWAJIBKAN mana-mana syarikat yang ingin masuk tender mesin rumput mesti mempunyai insurans jika berlaku kemalangan yang tidak diingini.

Sebelum kerja pemotongan rumput boleh dijalankan, pihak syarikat hendaklah mengemukakan cover note insurans mereka kepada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu sebagai bukti bahawa syarikat tersebut telah dilindungi oleh pihak insurans jika berlaku kemalangan.

Setelah dapat nama syarikat, semak dengan pihak syarikat siapa bengkel kereta panel insurans syarikat terbabit?

Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam dan setelah selesai, bawa laporan polis tersebut ke bengkel panel insurans syarikat tersebut untuk mendapatkan cermin baru.

Laporan polis tersebut hendaklah menyatakan nama pemotong rumput (jika ada IC lebih baik), nama syarikat dan alamat, tarikh dan masa kejadian, dan nama jalan serta kawasan di mana kejadian berlaku.

Jadi selepas ini kalau berhadapan dengan kejadian seperti ini tenang dan jangan marah. Berhenti ke tepi, ambil gambar dan berjumpa dengan pekerja tersebut untuk berbincang.

Baca Lagi:Apa istimewanya ayam ini hingga boleh mengeluarkan telur yang berlainan warna?Ramai yang tak tahu rupanya rumah pasang lampu kuning lagi selamat daripada lampu putih, ini sebabnyaLelaki temui harta karun emas kurun ke-6 ketika bersenam

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments