Remaja perempuan 15 tahun dirogol dua lelaki Rohingya sebelum ditinggalkan di taman permainan

Remaja perempuan 15 tahun dirogol dua lelaki Rohingya sebelum ditinggalkan di taman permainan.

Dua lelaki warga Rohingya ditahan selepas disyaki merogol seorang remaja perempuan di Klebang, Melaka.

Menurut Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah, pihaknya menerima laporan dibuat oleh abang mangsa, pada Jumaat lalu.

“Siasatan mendapati mangsa yang berusia 15 tahun telah keluar dari rumah pada jam 2 petang, Khamis lalu untuk bersiar-siar bersama seorang lelaki Rohingya yang dikenalinya dengan menaiki motosikal.

“Mereka kemudian bertemu dengan seorang lagi lelaki Rohingya di sebuah restoran.

“Kemudian mangsa dibawa menaiki kereta dan bersiar-siar sebelum dirogol kedua-dua lelaki Rohingya terbabit dan ditinggalkan di taman permainan di kawasan Batu Berendam,” katanya dalam satu kenyataan, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Zainol berkata, pemeriksaan lanjut dijalankan pakar perubatan Hospital Melaka mendapati terdapat koyakan baharu pada kemaluan mangsa.

“Kedua-dua suspek yang masing-masing berusia 14 dan 27 tahun itu telah ditahan untuk siasatan lanjut dan reman diperoleh selama tujuh hari hingga 21 September.

Kes disiasat di bawah seksten 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Baca Lagi:‘Kapal selam’ misteri timbul berhampiran bot sekumpulan pemancing di Pulau Jarak jadi tanda tanya“Saya mohon maaf kepada Ustaz Ebit Lew atas kelakuan anak saya” – Bapa MondyWanita kudung kaki, tangan selepas makan ikan tilapia tidak masak sempurna

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments