Budak 8 tahun sedang ambil wuduk maut selepas penunggang motosikal buat aksi ‘freestyle’ langgar tembok masjid

Budak 8 tahun sedang ambil wuduk maut selepas penunggang motosikal buat aksi ‘freestyle’ langgar tembok masjid.

Mengambil wuduk kerana mahu menunaikan solat menjadi amalan terakhir seorang kanak-kanak lelaki Indonesia, sebelum meninggal dunia akibat dihempap dinding di sebuah masjid, Isnin lalu.

Dalam rakaman kamera litar tertutup yang tular di media sosial, Gian Septiawan Ardani, 8, yang belajar di sekolah rendah dilihat sedang mengambil wuduk bersama seorang lagi rakannya di sebuah masjid di Lubuk Minturun, Sumatera Barat.

Tiba-tiba, sebuah motosikal ditunggangi seorang individu terlanggar dinding di tempat dua kanak-kanak itu mengambil wuduk.

Dinding itu runtuh di atas kepala Gian, manakala rakannya berjaya mengelak bongkah konkrit itu.

Gian dikejarkan ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia akibat parah pada bahagian kepala dan kehilangan banyak darah.

Seorang inspektor polis trafik tempatan di Padang mengesahkan, insiden membabitkan motosikal Yamaha Mio Sporty itu berlaku kira-kira 3 petang, Isnin lalu.

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan.

Sementara itu, seorang pentadbir masjid, Desriadi, memberitahu Republika, penunggang motosikal itu hilang kawalan ketika lelaki itu melakukan aksi ‘freestyle’.

Katanya, penunggang itu adalah sebahagian daripada sekumpulan pelajar yang dikenali sebagai sering menunggang secara melulu.

Lelaki itu adalah pelajar berusia 13 tahun yang belajar di sebuah sekolah menengah rendah, lapor media Indonesia.

Baca Lagi:‘Air tangan’ menjadi ‘air lengan’ – Lengan peniaga nasi kandar penuh dengan kuah jadi bualan ramaiPempengaruh dikecam orang ramai hina agama, baca doa ketika makan babi“Jangan buat-buat tahu, jangan tokok tambah cerita” – Mondy selar bapa selepas tampil mohon maaf kepada Ebit Lew

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments