Che Ta kecewa akaun Instagram punyai 5.2 juta pengikut digantung selepas didakwa melakukan aktiviti agresif

Che Ta kecewa akaun Instagram punyai 5.2 juta pengikut digantung selepas didakwa melakukan aktiviti agresif.

Akaun Instagram @rozitachewan1 milik Rozita Che Wan atau Che Ta yang memiliki 5.2 juta pengikut digantung apabila dikatakan melakukan aktiviti agresif dan tidak mengikuti garis panduan komuniti ditetapkan sejak 15 September lalu.

Che Ta yang juga ibu tiga cahaya mata itu kecewa dan bingung apabila memikirkan mengenai aktiviti agresif yang didakwa dilakukannya menerusi media sosial itu.

Dia turut menerima emel daripada pihak Instagram untuk mengambil tindakan segera termasuk melakukan rayuan jika tidak mahu kehilangan akaun berkenaan.

Katanya, dia diberi tempoh masa hingga 13 Mac tahun depan untuk melakukan rayuan.

“Sejak akaun digantung, saya sudah melakukan banyak kali rayuan. Namun, belum berhasil.

“Malah, saya juga sudah beberapa kali menghubungi pihak SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) untuk meminta pertolongan, tapi tak pernah dapat maklum balas,” katanya.

Che Ta yang bakal muncul dengan filem Mat Kola arahan Hafiz Nafiah tak lama lagi berkata, dia hampir buntu mengenangkan nasib dan ujian yang hadir.

Katanya, selama ini dia menggunakan Instagram untuk menjana pendapatan dengan menjual produk keluarannya sendiri.

“Saya juga melakukan ulasan promosi produk di platform sama. Tapi sudah jadi begini, siapa yang tak sedih. Kini buat sementera waktu, saya guna platform media sosial lain seperti TikTok,” katanya.

Che Ta berkata, hingga kini dia tidak putus harap berdoa semoga dapat kembali memiliki akaun Instagram itu.

“Tak mampu bayangkan jika ia ‘lesap’ begitu saja. Saya juga sudah mempunyai 5.2 juta pengikut di situ. Dari kerendahan hati dan diri, saya berharap akaun Instagram itu akan saya dapat semula.

“Kalau ada pihak yang boleh membantu saya mendapatkannya semula, saya amat hargai. Mungkin mereka boleh hubungi kawan saya atau menghantar mesej langsung ke Instagram anak, suami atau teman rapat saya,” katanya.

Baca Lagi:“Jangan buat-buat tahu, jangan tokok tambah cerita” – Mondy selar bapa selepas tampil mohon maaf kepada Ebit LewRemaja perempuan 15 tahun dirogol dua lelaki Rohingya sebelum ditinggalkan di taman permainan2 tahun pergi kerja jalan kaki naik bas, rakan sepakat beri hadiah..netizen ingatkan motor rupanya kereta baru

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments