Memang tak berhati perut! Penumpang kejar bas setelah ditinggalkan kerana lewat satu minit, pemandu terus tutup pintu

Memang tak berhati perut! Penumpang kejar bas setelah ditinggalkan kerana lewat satu minit, pemandu terus tutup pintu.

Seorang penumpang ditinggalkan pemandu bas sebuah syarikat swasta kerana didakwa lambat menaiki kenderaan berkenaan selama satu minit dari waktu operasi perkhidmatan yang dijadualkan.

Menerusi video tular berdurasi 27 saat di TikTok, lelaki tersebut dilihat berlari dan memanggil pemandu berkenaan yang baharu sahaja bergerak meninggalkan stesen, namun tidak diendahkan.

Menurut seorang pengguna yang memuat naik video itu, kejadian tersebut dipercayai berlaku di hentian bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) dan menuju ke Melaka.

“Waktu kejadian, bas dijadualkan bergerak jam 9 malam. Seminit selepas itu, pemandu terus tutup pintu dan saya maklumkan mengenai lelaki berkenaan tetapi tidak peduli.

“Kesian sangat, pemandu bas tinggal begitu sahaja penumpang sedangkan boleh sahaja berhenti,” katanya.

Hantaran video berkenaan mendapat reaksi orang ramai yang kurang berpuas hati dengan sikap pemandu bas tersebut kerana disifatkan seolah-olah tidak bertimbang rasa.

Selain itu, terdapat juga pengguna TikTok yang turut berkongsi pengalaman sama ditinggal dan dimarahi oleh pemandu syarikat sama.

Tinjauan di ruangan komen mendapati pengguna berpendapat kemungkinan pemandu bas itu marah kerana sudah lama menunggu penumpang.

“Teruknya, langsung tidak beri peluang kepada penumpang, mungkin ada sebab dia terlewat satu minit,” kata Apang.

“Serik naik bas itu, saya cakap baik-baik, namun dimarahnya semula. Sakit hati,” kata Pakk Derr.

Baca Lagi:‘Kapal selam’ misteri timbul berhampiran bot sekumpulan pemancing di Pulau Jarak jadi tanda tanya2 tahun pergi kerja jalan kaki naik bas, rakan sepakat beri hadiah..netizen ingatkan motor rupanya kereta baruSedihnya! Pakcik berdiri tengah panas tahan kereta rupa-rupanya nak jual kereta sebab tak ada duit nak baiki

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments