Video tular pengayuh beca selamba ‘hisap gam’ ketika berhenti di tengah jalan jadi bualan ramai.
Jika bercuti ke Melaka atau Pulau Pinang, menaiki beca adalah salah satu tarikan yang kita perlu cuba
Di samping dapat bersiar-siar di sekeliling pekan, pengunjung juga dapat merasai sendiri pengalaman bagaimana orang pada masa lalu bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain menggunakan beca.
Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter memaparkan seorang pengayuh beca melakukan sesuatu yang bukan sahaja membahayakan dirinya malah boleh membahayakan penumpang beca yang dikayuhnya.
Beca yang dibawa bukan untuk pelancong tetapi untuk bapanya yang tidak boleh berjalan
Menerusi video yang tular tersebut, pengayuh beca berkenaan dilihat berhenti di tengah jalan mungkin disebabkan lalu lintas.
Apa yang mengejutkan adalah ketika lelaki itu berhenti, dia dilihat menghisap plastik yang disyaki berisi gam.
Menerusi tinjauan di ruang komen, terdapat perkongsian dari seorang pengguna Twitter yang mendedahkan pengayuh beca tersebut sebenarnya hanya menggunakan beca itu untuk membawa bapanya yang tidak boleh berjalan dan bukannya membawa pelancong.
Harap pihak berkuasa ambik tindakan cepat. bahaya pada pelancong yang guna naik beca ni. pic.twitter.com/zriqfVuTsh
— ISU SEMASA VIRAL (@isusemasaviral) September 19, 2023
“Polis dah tak larat nak ambil tindakan dah, dia tak kacau orang pun, dia siap jaga bapa dia lagi even dia macam tu” – Netizen
Susulan tularnya video tersebut di Twitter, ia telah meraih sehingga 666K views, 2.1K reposts, 2.3K likes dan 106 bookmarks.
Rata-rata komen yang diberikan netizen di Twitter menunjukkan pelbagai reaksi terhadap video berkenaan.
Baca Lagi:Maki suami sebab Toyota Alphard langgar tembok rumah, Ustaz Wadi tegur Kak KM hormat suami jika ingin ke syurgaAnak main sorok-sorok terkunci dalam ‘fitting room’, pekerja kedai terpaksa panjat masuk atas pintu“Aku kerja macam nak mati, ini yang aku dapat?” – Lelaki kerja offshore kecewa isteri curang dengan bos, siap hantar video bogel di telegram