Ambil syabu konon nak dapat 8A PMR, akhirnya terjebak jadi penagih dadah

Ambil syabu konon nak dapat 8A PMR, akhirnya terjebak jadi penagih dadah.

“Saya ambil syabu untuk tambah tenaga semasa belajar di Tingkatan Tiga tetapi tidak sedar akhirnya terjebak jadi penagih dadah”.

Demikian pengakuan seorang penjawat awam yang mahu dikenali sebagai Ammar menceritakan mula mengambil dadah jenis syabu sejak berusia 15 tahun.

Pemuda usia 25 tahun yang berasal dari Melaka itu berkata, dia mula mencuba mengambil dadah itu ketika berada di asrama penuh demi mencapai cita-cita memperoleh keputusan cemerlang 8A pada Peperiksaan Menengah Rendah (PMR).

Bapa kepada dua anak itu berkata, dadah jenis syabu dipercayai dapat membantu menambah tenaga dan mampu bertahan lebih lama untuk mengulang kaji pelajaran.

“Ketika itu, saya memperoleh nombor sumber bekalan dadah syabu daripada abang senior di sekolah.

“Saya mengambil syabu kononnya untuk ‘stay up’ lebih lama semasa mengulang kaji pelajaran, tetapi akhirnya berlanjutan sehingga bekerja di sebuah farmasi,” katanya.

Ammar berkata demikian ketika ditemui pemberita semasa Program Retreat Media Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Tahun 2023 di Sungai Besi, dekat sini.

Dia berkata, walaupun sudah berumah tangga, namun dia masih mengambil barang larangan itu menyebabkan isteri menasihatinya untuk mendapatkan rawatan pemulihan.

“Cadangan itu pada permulaannya berat untuk diterima, namun akhirnya saya mengalah demi cinta kepada isteri, anak-anak dan keluarga.

“Ini satu pengorbanan besar demi keluarga dan insan tersayang,” katanya.

Ammar yang secara sukarela mendaftar memasuki Puspen tidak menyangka kini sudah mampu berubah setelah 10 bulan berada di pusat pemulihan itu.

“Saya mengambil pelbagai jenis dadah sebelum ini dan tidak menyangka saya kini boleh berubah.

“Ingatkan hanya perlu menjalani program detokfikasi bagi membuang ketagihan dadah, rupanya pelbagai aktiviti bermanfaat dilakukan di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (Puspen).

“Sejujurnya, di sini sebenarnya banyak membantu saya untuk berubah dan menjadi insan lebih baik, seterusnya menjalani kehidupan normal,” ujarnya.

Ammar berkata, kehidupan bersama rakan-rakan di Puspen seumpama adik-beradik, selain pegawai petugas yang sangat membantu.

Jelasnya, keputusan memilih memasuki Puspen adalah satu tindakan tepat menjadi insan berguna.

Baca Lagi:17 tahun ketagih syabu, kini lelaki ini jadi ‘tauke’ kambing yang berjaya“Comelnya adik tu senyum” – Lelaki bawa anak sambil pegang belon naik motor buat ramai sebak“Ingatkan botol minyak masak jatuh dari langit” – Gadis kutip botol minyak masak atas jalan dapat pujian warganet

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments