Selepas tular video penumpang kejar bas kena tinggal sebab lewat 1 minit, Mara Liner tampil mohon maaf

Selepas tular video penumpang kejar bas kena tinggal sebab lewat 1 minit, Mara Liner tampil mohon maaf.

Syarikat pengangkutan bas, Mara Liner Sdn Bhd tampil memohon maaf kepada semua pihak yang terjejas susulan tindakan pemandunya meninggalkan penumpang sehingga tular di media sosial baru-baru ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zachary Ismail dalam satu kenyataan berkata, pihaknya turut memberi jaminan insiden berkenaan tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.

Jelasnya, siasatan dalaman juga dibuat sejurus aduan tersebut diterima dan tindakan susulan ke atas pemandu terlibat juga telah diambil.

“Pengurusan Mara Liner kesal di atas insiden yang telah berlaku kepada penumpang bas ekspres Kuala Terengganu – Melaka tempoh hari.

“Kami telah menghubungi penumpang terbabit kelmarin (20 September) bagi menzahirkan permohonan maaf dan rasa kesal,” katanya.

Sinar Harian pada Rabu melaporkan, seorang penumpang ditinggalkan pemandu bas sebuah syarikat swasta kerana didakwa lambat menaiki kenderaan berkenaan selama satu minit dari waktu operasi perkhidmatan yang dijadualkan.

Menerusi video tular berdurasi 27 saat di TikTok, lelaki tersebut dilihat berlari dan memanggil pemandu berkenaan yang baru sahaja bergerak meninggalkan stesen, namun tidak diendahkan.

Susulan itu, warganet tampil mengecam tindakan pemandu dan syarikat pengangkutan bas terbabit.

Baca Lagi:Memang tak berhati perut! Penumpang kejar bas setelah ditinggalkan kerana lewat satu minit, pemandu terus tutup pintu“Comelnya adik tu senyum” – Lelaki bawa anak sambil pegang belon naik motor buat ramai sebak“Ingatkan botol minyak masak jatuh dari langit” – Gadis kutip botol minyak masak atas jalan dapat pujian warganet

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments