Tiga mayat lelaki diikat, kepala disarung plastik ditemui bertindan dalam bilik stor

Tiga mayat lelaki diikat, kepala disarung plastik ditemui bertindan dalam bilik stor.

Kehadiran anggota polis selepas menerima panggilan penduduk di Jalan Perhentian Kampung Kovil Hilir, di sini membongkar penemuan tiga mayat lelaki di sebuah rumah kedai pada Jumaat.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 11 malam mengenai satu pergaduhan di rumah terbabit sebelum sepasukan anggota kereta peronda dikejarkan ke lokasi.

Menurutnya, anggota peronda kemudian telah naik ke rumah yang berada di tingkat dua.

“Dua suspek yang terlibat pergaduhan bagaimanapun telah melarikan diri manakala terdapat sepasang suami isteri warga Sri Lanka yang juga penyewa rumah terbabit.

“Pemeriksaan lanjut menemui tiga mayat lelaki warga Sri Lanka berusia lingkungan 20 hingga 30-an di dalam bilik stor dengan keadaaan bertindan antara satu sama lain di mana salah satu mayat itu tidak berpakaian,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada Sabtu.

Beliau berkata, ketiga-ketiga mayat itu turut diikat oleh suspek selain kepala disarung dengan plastik.

Allaudeen berkata, siasatan awal polis mendapati salah seorang mangsa ialah anak kepada pasangan suami isteri terbabit.

“Soal siasat awal mendapati pasangan terbabit kali terakhir berjumpa anaknya sehari sebelumnya dan hanya menyedari tragedi kematian itu selepas kehadiran anggota polis,” ujarnya.

Tambah Allaudeen, siasatan sedang giat dijalankan untuk memburu dua suspek warga Sri Lanka yang terlibat selain mengenal pasti motif kejadian.

“Suspek tidak mempunyai talian kekeluargaan dengan suami isteri itu namun mereka telah berkenalan sejak enam bulan lalu dan suspek telah datang ke rumah mereka dari Klang, Selangor untuk tinggal di rumah terbabit selama dua hari,” katanya.

Katanya lagi, polis percaya pembunuhan itu telah dirancang oleh suspek.

“Polis turut merampas pisau disyaki diguna untuk pembunuhan itu. Ketiga-tiga mayat itu telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

“Pasangan suami isteri itu kemudian ditahan polis bagi membantu siasatan dan kini direman selama tujuh hari untuk tindakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Baca Lagi:Tuan rumah terkejut masuk rumah lihat perempuan telanjang tonton televisyenBoleh tuntut ganti rugi kalau cermin kereta anda pecah kena batu orang mesin rumput di tepi jalanLelaki panik bilik air rumah ibunya bercahaya keluar dari batang paip

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments