Cristino Ronaldo pakai baju ‘Pak Arab’ pegang sebilah pedang curi perhatian ramai

Cristino Ronaldo pakai baju ‘Pak Arab’ pegang sebilah pedang curi perhatian ramai.

Selepas mencuri perhatian di Iran, bintang bola sepak dunia Cristiano Ronaldo sekali lagi mendapat perhatian apabila memperagakan pakaian tradisional ‘Pak Arab’ menerusi video yang dimuat naik kelabnya, Al-Nassr di laman sosial pasukan itu.

Ronaldo mengenakan jubah dan serban dalam sebuah video tersebut.

Ronaldo tampak cukup bergaya mengenakan pakaian itu di mana ketua pasukan Portugal itu turut memegang sebilah pedang yang cukup sinonim dengan pahlawan Arab.

Selain Ronaldo, beberapa pemain utama Al-Nassr seperti Sadio Mane turut memakai jubah dalam video terbabit.

Video yang berdurasi 2 minit 35 saat itu memaparkan sekumpulan kanak-kanak teruja melihat kehadiran ramai pemain ternama menyertai kelab itu.

Ronaldo juga menari-menari dalam video berkenaan sambil mengikut rentak irama paluan gendang Arab yang sering dimainkan.

Terdahulu, pemenang lima kali Ballon d’Or itu membuat keputusan mengejut apabila memilih beraksi di Asia dengan menyertai kelab Arab Saudi Al-Nassr dengan menerima lebih 400 juta euro (RM1.84 bilion) untuk perpindahan itu.

Baca Lagi:Pempengaruh dikecam orang ramai hina agama, baca doa ketika makan babiRemaja perempuan 15 tahun dirogol dua lelaki Rohingya sebelum ditinggalkan di taman permainanMemang tak berhati perut! Penumpang kejar bas setelah ditinggalkan kerana lewat satu minit, pemandu terus tutup pintu

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments