Gadis China ini fasih bahasa melayu kerana lagu Siti Nurhaliza

Gadis China ini fasih bahasa melayu kerana lagu Siti Nurhaliza.

Gadis manis yang diberi nama Liang Liang berasal dari wilayah Yunnan, terletak di barat daya China rupanya fasih berbahasa Melayu.

Diberi nama Husna oleh pensyarah bahasa Melayunya di Universiti Minzu Yunnan (YMU), Kunming, China, Husna mempunyai 517,000 pengikutnya di laman sosial facebook yang rata-ratanya adalah dari Malaysia.

Langsung tidak kekok berbahasa Melayu, Husna sebenarnya meminati Datuk Siti Nurhaliza dan mengakui dia belajar bahasa Melayu daripada lagu dendangan Siti.

Kata Husna, lagu Siti dijadikan sebagai bahan pelajaran di universitinya dan Siti turut terkenal di kalangan pelajar di China yang mengambil khusus bahasa Melayu.

Husna mula belajar bahasa Melayu apabila universitinya membuat pertukaran pelajar di Universiti Malaya (UM) selama setahun.

Sejak itu dia mula mendalami bahasa ibunda Malaysia dan meluahkan kegembiraannya apabila dapat berkomunikasi dalam bahasa Melayu selepas melihat ramai wartawan dari Malaysia hadir ke Hangzhou, China untuk membuat liputan temasya Sukan Asia.

“Saya gembira dari jauh melihat baju harimau yang berwarna oren. Bila saya lihat baju harimau itu saya tahu itu mesti dari Malaysia.

“Saya terus menyapa mereka dan kini saya boleh kembali berkomunikasi dalam bahasa Melayu. Sebab di China ini memang susah untuk saya berbahasa Melayu sebab tak ramai yang boleh berkomunikasi dalam bahasa ini.

“Saya rindukan Malaysia. Saya rindu pasar malam di Malaysia. Pergi ke pasar malam sudah menjadi hobi saya ketika di Malaysia. Dalam seminggu sekali atau dua mesti saya ke pasar malam. Saya suka pasar malam SS2 dan Masjid Jamek.

“Saya rasa Malaysia satu negara yang selamat dan banyak tempat yang menarik seperti Melaka, Pulau Pinang, Putrajaya dan Port Dickson,” katanya.

Husna kini bertugas sebagai Wartawan bahasa Melayu di Kumpulan Media China (CMG) yang bertugas melaporkan berita yang berlaku di China dalam bahasa Melayu.

Pada temasya Sukan Asia kali ini, seramai 64 wartawan bertugas untuk melaporkan temasya Sukan Asia dari pelbagai bahasa kepada seluruh dunia.

Baca Lagi:Murid darjah 1 kena tampar dengan guru wanita setelah tuduh rakan curi suratTiga mayat lelaki diikat, kepala disarung plastik ditemui bertindan dalam bilik stor“Saya ada dekat Negeri Sembilan tengah makan kenduri” – SUA Saifuddin Nasution akan fail saman selepas tular gambar main golf semasa UNGA

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments