Tular bekas pasangan suami isteri gelak besar selepas selesai lafaz cerai talak satu di mahkamah

Tular bekas pasangan suami isteri gelak besar selepas selesai lafaz cerai talak satu di mahkamah

Bekas pasangan suami isteri tampil ceria dengan gelak ketawa meskipun baru sahaja selesai lafaz cerai talak satu di mahkamah.

Video berdurasi satu minit 16 saat yang dikongsikan oleh Bonraizu Production di Facebook mendapat lebih 85,000 tontonan setakat ini.

“Alhamdulillah,selesai. Sekarang kita kawan. Hidup terus hidup, aku kembali bujang kahkahkah.

“Syukur pada Allah, redha pada ketentuan Allah. Jangan putuskan silaturrahim,” tulisnya.

Dalam video itu juga, individu dikenali Bon itu sempat memberitahu hubungannya bersama bekas isteri baik-baik sahaja dan akan terus menjadi kawan meskipun situasinya sudah berbeza.

“Saya ingin berpesan, jaga baik-baik hubungan suami isteri. Jangan sia-siakan hubungan anda,”tambahnya.

Dalam pada itu, ramai turut mendoakan bekas suami isteri berkenaan malah ada juga yang berharap mereka bersatu kembali.

“Alhamdulillah Bon, kalau dah itu jalan yang terbaik. Apa-apa pun hidup mesti diteruskan,”ujar Iman Danish.

“Dalam keadaan ni babah tetap kelakar. Semoga dipermudahkan urusan,”komen Sue Yusri.

“Insya-Allah Bon jika ada jodoh lagi, bersatulah kembali. Mungkin selepas ini akan terkenang kisah pahit manis kalian selama bergelar suami isteri,” kata Sujairi Saperi.

Baca lagi:Dunia bakal diancam ‘Penyakit X’, boleh meragut jutaan nyawa berbanding Covid-19Noor Nabila & Engku Emran sah cerai talak satu selepas 2 tahun kahwinNgeri! Aligator panjang hampir 5 meter heret mayat manusia

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments