Chucky digari polis selepas takutkan orang ramai guna pisau

Chucky digari polis selepas takutkan orang ramai guna pisau.

Polis Monclova di Mexico memberkas satu anak patung Chucky dan menggari tangannya kerana dituduh menakutkan orang ramai dengan sebilah pisau, lapor portal berita ati semalam.

Pemilik anak patung itu yang dikenali sebagai Carlos N juga ditahan. Dia disyaki menggunakan anak patung Chucky untuk menakutkan orang ramai di dataran awam di bandar Monclova. Suspek berada di bawah pengaruh dadah semasa diberkas.

Menurut media tempatan, pemilik patung Chucky itu menggunakan anak patungnya bersama sebilah pisau besar untuk memeras ugut wang daripada orang awam.

“Dia (N) meletakkan anak patung itu di muka orang ramai dan menakut-nakutkan mereka. Ini satu kesalahan dan dia ditangkap,” kata bekas Pengarah Polis Monclova, Juan Raúl Alcocer kepada saluran televisyen Fuerza Informativa Azteca.

Carlos N. dan anak patung Chucky itu didakwa mengganggu keamanan dan membahayakan orang awam. Kedua-duanya dibawa ke balai polis Monclova.

Imej anak patung itu digari pula tular di media sosial. Filem anak patung Chucky keluaran studio Hollywood pertama kali ditayangkan pada tahun 1988 dengan judul Child’s Play.

Baca Lagi:Tular bekas pasangan suami isteri gelak besar selepas selesai lafaz cerai talak satu di mahkamahSekali pandang seperti Allahyarham Sudirman, rupa-rupanya orang lainGadis China ini fasih bahasa melayu kerana lagu Siti Nurhaliza

About Mat Lan Editor

Check Also

perlu-sediakan-rm1-bilion-jika-10-mp-umno-nak-sertai-pn-–-ahmad-maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan

Perlu sediakan RM1 bilion jika 10 MP Umno nak sertai PN – Ahmad Maslan. Spekulasi …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments