Pakar bius menangis laung azan di masjid selepas bunuh ibu bapa.
Seorang pakar bius ditahan selepas disyaki membunuh ibu bapanya di rumah mereka di Iskandariah, Mesir.
Menurut laporan Gulf News, suspek didakwa mengunjungi masjid berdekatan selepas melakukan perbuatan kejam itu dan berulang kali melaungkan azan.
Gambar hiasan
Jenayah mengerikan itu berlaku di apartmen mereka di kawasan Faisal Bank di daerah Sidi Bishr.
Pasukan Direktorat Keselamatan Iskandariah yang tiba di lokasi menemukan mayat lelaki tua dan isterinya dalam keadaan berlumuran darah.
Siasatan awal dilakukan dan Pendakwa Raya mengenal pasti anak lelaki pasangan berkenaan yang juga pakar bius sebagai suspek utama.
Suspek yang dipercayai bergelut dengan masalah psikologi ditahan untuk siasatan lanjut.
Sementara itu, saksi memberitahu media tempatan, suspek dilihat mengunjungi masjid terdekat selepas membunuh ibu bapanya.
Dia didakwa seperti ‘terganggu’ apabila berulang kali melaungkan azan, menangis dan mengungkapkan kata-kata yang tidak diketahui.
Tragedi itu terbongkar selepas anak lelaki kedua mangsa dimaklumkan oleh jururawat ibu bapanya mengenai tingkah laku mencurigakan pakar bius terbabit.
Lelaki itu kemudian segera ke apartmen berkenaan dan mendapati ibu bapanya sudah meninggal dunia, sebelum memaklumkan pihak berkuasa.
Baca Lagi:Dr Akmal Saleh serbu kilang beras di Melaka, sekali ini yang terjadiAksi ular tedung atas katil tonton ‘live’ di TikTok tular di media sosialTimun gergasi milik tukang kebun ini didakwa paling berat di dunia cecah 13 kilogram