Baring sambil tunggang motosikal, guna kaki pulas minyak…aksi ngeri lelaki ini buat ramai bengang!

Baring sambil tunggang motosikal, guna kaki pulas minyak…aksi ngeri lelaki ini buat ramai bengang!

Aksi lagak ngeri yang membuatkan ramai bengang!

Sebuah video tular di media sosial memaparkan aksi seorang pemuda menunggang motosikal sambil berbaring dan menggunakan kakinya untuk memulas pendikit minyak.

Dalam video itu, kelihatan seorang lelaki menunggang motosikal dalam keadaan berbaring di kerusinya tanpa memakai topi keledar.

Sebelah tangannya diletakkan di belakang kepala, manakala kaki menekan pendikit minyak untuk menggerakkan motosikal.

Aksi tersebut dirakam di Jalan Raya Margonda, Kota Depok, wilayah Jawa Barat.

Video tersebut menjadi tular dan menerima kritikan hebat dari netizen.

Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan aksi seorang pemuda menunggang motosikal sambil berbaring dan menggunakan kakinya untuk memulas pendikit minyak, lapor laman berita Jatim Times pada Isnin.

Namun, aksi bersahaja lelaki terbabit membawa padah apabila… pic.twitter.com/wSD8URFXKM

— SinarHarian (@SinarOnline) September 26, 2023

“Ini dah bahaya, kalau jadi apa-apa yang buruk baru nak sedar. Jangan sampai nyawa orang lain melayang kerana keangkuhan diri sendiri,” kata sebahagian warga maya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Trafik Metro Depok, Komisioner Polis Multazam Lisendra memberitahu laman berita Detik bahawa pelaku telah dikenakan saman sebanyak 750,000 rupiah (RM227) kerana menunggang motosikal secara berbahaya.

“Dia disaman menggunakan kamera perangkap had laju e-TLE yang dipasang di Margonda,” kata Multazam.

Baca Lagi:Lelaki maut lutut hampir putus dibaham buaya ketika cari kangkung di paritTular bekas pasangan suami isteri gelak besar selepas selesai lafaz cerai talak satu di mahkamahSuami bingung isteri kedua muntah paku, tak sempat nak jamah pada malam pertama

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments