Budak perempuan 5 tahun dakwa dirogol anak jiran 7 tahun sampai berdarah

Budak perempuan 5 tahun dakwa dirogol anak jiran 7 tahun sampai berdarah.

Keluarga seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun tampil mendakwa anak jiran mereka telah merogol puteri mereka.

Memetik laporan India Today, insiden yang berlaku di Uttar Pradesh, India itu menyaksikan keluarga terbabit membuat dakwaan anak perempuannya telah dirogol pada 16 September lalu.

Berdasarkan aduan keluarga, kejadian berlaku ketika kanak-kanak perempuan itu sedang bermain berhampiran dengan rumahnya. Dia kemudian didatangi oleh seorang kanak-kanak lelaki yang membawanya ke rumah atas alasan untuk bermain bersama-sama.

Setelah pulang, kanak-kanak malang berkenaan tidak dapat duduk dengan betul dan pakaiannya berlumuran darah.

Dia memaklumkan kepada keluarganya bahawa kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun tersebut telah melakukan sesuatu terhadapnya sehingga mendatangkan kesakitan.

Bagaimanapun, polis menjelaskan bahawa pihaknya tidak boleh menangkap kanak-kanak itu berikutan dia di bawah umur.

Ekoran itu, polis sedang mendapatkan nasihat undang-undang memandangkan kanak-kanak di bawah umur sembilan tahun tidak boleh ditahan atas sebarang kesalahan jenayah.

Baca Lagi:Dunia bakal diancam ‘Penyakit X’, boleh meragut jutaan nyawa berbanding Covid-19Suami bingung isteri kedua muntah paku, tak sempat nak jamah pada malam pertamaPemain Selangor FC tendang punggung Referee selepas kena kad merah

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments