Nenek umur 92 tahun masuk sekolah semula sebab tak sanggup ditipu cucu.
Buat kali pertama seorang nenek berusia 92 tahun ke sekolah untuk belajar membaca dan menulis.
Tindakannya itu ternyata memberi inspirasi kepada orang lain untuk ke sekolah.
Salima Khan yang dilahirkan sekitar 1931 dan berkahwin pada usia seawal 14 tahun, dua tahun sebelum berakhir pemerintahan British di India, memiliki impian untuk boleh membaca dan menulis.
Dia yang berasal dari Bulandshahr, Uttar Pradesh berkata, tiada sekolah di kampungnya semasa dia masih kecil.
Bermula enam bulan lalu, dia mula belajar dengan murid berumur lapan dekad lebih muda daripadanya.
Untuk ke sekolah pula, dia ditemani cucunya.
Kisahnya muncul selepas video memaparkan dia sedang mengira nombor dari satu hingga 100 tular di media sosial.
Cucu saya pernah menipu saya untuk beri mereka wang tambahan kerana saya tidak dapat mengira wang.
Namun, hari-hari itu sudah berlalu,” katanya yang dipetik Times of India.
Menurut bancian 2011, kadar celik huruf rakyat negara itu berlegar sekitar 73 peratus.
“Kisahnya mengukuhkan lagi kepercayaan bahawa tuntutan ilmu tidak terhadap pada usia,” kata Pegawai Pendidikan Tempatan, Lakshmi Pandey.
‘Khan chachi’ learns to read at 92, inspires a village in UP’s Bulandshahr
Salima has completed six months of education and is able to read and write. Her video, counting from one to 100, is making waves on social media. https://t.co/sEKRaNy0Rg pic.twitter.com/LNTrPmOaEA
— The Times Of India (@timesofindia) September 27, 2023
Sebagai respon kepada kesanggupan Khan untuk bersekolah pada umur sedemikian, guru besar sekolah berkenaan, Pratibha Sharma, berkata pada mulanya dia teragak-agak untuk menerima nenek itu tetapi terpaksa mengalah kerana kagum dengan ‘keghairahan’ wanita itu untuk belajar.
“Kami tidak sanggup untuk menolaknya,” katanya.
Sejak Khan memulakan sesi persekolahan, seramai 25 wanita dari kampung sama termasuk dua menantunya mula belajar membaca dan menulis.
Rekod Dunia Guiness menyenaraikan mendiang Kimani Ng’ang’a Maruge dari Kenya sebagai individu tertua yang menamatkan sekolah rendah.
Wanita itu mendaftar pada 2004 ketika berusia 84 tahun.
Baca Lagi:Pakar bius menangis laung azan di masjid selepas bunuh ibu bapaSuami bingung isteri kedua muntah paku, tak sempat nak jamah pada malam pertamaPelajar Malaysia usia 10 tahun pecah rekod dunia susun papan catur 45.72 saat dengan mata tertutup