Polis tengah syok minum teh, 3 banduan cabut lari

Polis tengah syok minum teh, 3 banduan cabut lari.

Tindakan sepasukan polis India memberhentikan kenderaan yang membawa banduan di tepi jalan, semata-mata untuk minum teh hanya mengundang padah.

Ia selepas tiga banduan dalam trak itu melarikan diri selepas kenderaan tidak dikawal mana-mana anggota polis ketika berhenti rehat di Jhansi, utara negeri Uttar Pradesh.

Banduan itu dalam perjalanan untuk ke Mahkamah Majistret Jhansi Railway.

Terdahulu, dalam rakaman yang tersebar, banduan itu dilihat meninjau keadaan terlebih dahulu dari belakang trak, sebelum masing-masing melarikan diri ke arah yang berbeza.

Difahamkan, pencarian banduan lolos itu masih dijalankan.

Polis Jhansi dalam kenyataan berkata, lapan anggota yang mengiringi banduan itu digantung tugas kerana cuai.

“Ketiga-tiga banduan lelaki itu akan ditahan tidak lama lagi,” katanya.

Kertas siasatan dibuka bukan hanya terhadap tiga banduan lolos, sebaliknya ke atas tiga sub inspektor dan lima konstabel polis.

झांसी में तीन कैदी पुलिस वैन से फरार@Uppolice @jhansipolice pic.twitter.com/kq4n74zzfk

— Anmol dubey ( अनमोल दुबे ) (@anmoldubey110) September 21, 2023

Media tempatan melaporkan polis yang terbabit sudah dipecat.

Ketua Polis Jogendra Kumar berkata, dakwaan terhadap anggota berkenaan adalah serius dan dengan mengekalkan mereka dalam pasukan, hanya akan memberi kesan negatif kepada anggota polis lain.

“Kita bimbang kemungkinan insiden lebih besar berlaku pada masa akan datang,” katanya.

Baca Lagi:Pembelian pesawat tempur FA-50 oleh TUDM jadikan Malaysia miliki pertahanan udara terkuat di Asia TenggaraKisah bayi 9 bulan didakwa cuba membunuh pegawai polis dengan baling batuSuami bingung isteri kedua muntah paku, tak sempat nak jamah pada malam pertama

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments