Tikam rakan 18 kali, biar mayat reput dalam semak, 3 lelaki berdepan hukuman mati

Tikam rakan 18 kali, biar mayat reput dalam semak, 3 lelaki berdepan hukuman mati.

Tiga rakan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu, atas pertuduhan membunuh rakannya pada 10 September lalu.

Tertuduh A A Dinesh; R C Veeraganeish dan V Sasikumar masing-masing berusia 25 tahun, hanya mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah terhadap mereka.

Bagaimanapun, mahkamah tidak merekodkan sebarang pengakuan daripada ketiga-tiga tertuduh yang tidak diwakili peguam kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, mereka didakwa mencapai niat bersama melakukan bunuh hingga menyebabkan kematian terhadap R.Darvnrajh, 24 di tepi jalan berdekatan kebun kelapa sawit Kemuning, Pulau Sebang, di sini, antara jam 5.24 hingga 9 pagi, pada 10 September lalu.

Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Ehsan Nasrudin manakala kesemua tertuduh tidak diwakili peguam.

Majistret Nurul Bahiyah menetapkan 27 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Terdahulu keluarga mangsa dilihat berada di luar pintu mahkamah dan turut membawa kain rentang menuntut keadilan terhadap kematian mangsa.

Media sebelum ini melaporkan kehilangan Darvnrajh, yang tidak pulang ke rumahnya di Tampin, Negeri Sembilan terungkai selepas penemuan mayat dipercayai mangsa dalam semak di kawasan Kemuning pada 16 September lalu.

Berdasarkan laporan bedah siasat mendapati mayat si mati mempunyai beberapa kesan tikaman di leher, dada, kaki kanan, tangan dan kaki kiri.

Pada 21 September lalu polis mengesahkan mayat yang ditemui adalah Darvnrajh selepas ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan ke atas ahli keluarga mangsa menunjukkan keputusan sepadan dengan mayat.

Berikutan itu, polis menggerakkan operasi Op Kejam melibatkan sepasukan pegawai polis daripada Jabatan Siasatan Khas (D9) Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka (IPK) dan Ibu Pejabat Daerah Polis (IPD) Alor Gajah dan menahan enam suspek yang merupakan rakan mangsa.

Baca Lagi:“Cuma rasa udang kering je lebih, sedihnya” – Pelanggan tinggal nota atas meja tegur masakan tomyam tak sedapSelepas tular video penumpang kejar bas kena tinggal sebab lewat 1 minit, Mara Liner tampil mohon maafKisah bayi 9 bulan didakwa cuba membunuh pegawai polis dengan baling batu

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments