Anak tak mampu bayar yuran bulanan di pusat jagaan, ayah dibiarkan jadi gelandangan di surau

Anak tak mampu bayar yuran bulanan di pusat jagaan, ayah dibiarkan jadi gelandangan di surau.

Impian seorang bapa untuk menjalani kehidupan bersama keluarga tidak kesampaian apabila dia ditemukan gelandangan di surau sebuah flat di Larkin di sini, seminggu selepas dibawa pulang ke rumah oleh ahli keluarganya.

Berkongsi kisah warga emas itu, Pengurus Pusat Jagaan Warga Emas Nur Ehsan Norijah Bidin berkata, lelaki terbabit dibawa pulang daripada pusat jagaan berkenaan selepas keluarganya tidak mampu membayar yuran bulanan.

Kata Norijah, Din (bukan nama sebenar), 67, sudah tinggal di pusat jagaan itu selama dua tahun dan yuran bulanannya dibayar menggunakan wang hasil jualan rumah lelaki berkenaan,

Menurutnya, bagaimanapun, selepas sumber kewangan itu digunakan sepenuhnya, keluarga berkenaan pada awalnya meminta pihaknya memberi perlindungan kepada Din sementara mereka memohon bantuan daripada agensi berkaitan bagi menampung bayaran yuran.

Katanya, agensi berkaitan bagaimanapun tidak menyalurkan bantuan berikutan warga emas itu masih memiliki dua anak, iaitu seorang anak kandung dan seorang anak tiri.

“Seorang daripada anaknya tampil ke pusat jagaan bagi membawa Din pulang pada pertengahan bulan ini. Namun, dia difahamkan menghantar Din ke rumah adik-beradik lelaki itu di Kuala Lumpur.

“Anak kandung, anak tiri mahupun adik-beradik Din bersikap lepas tangan dan akhirnya, orang awam yang bersimpati dengan nasibnya menghantar Din pulang ke Johor Bahru dengan menaiki bas.

“Bayangkan keadaan Din yang berkerusi roda memandangkan dia menghidap diabetes, pulang berseorangan dengan menaiki bas tanpa ditemani ahli keluarga,” katanya.

Norijah berkata, lebih mengecewakan, Din juga ditemukan bergelandangan tinggal di surau di flat di Larkin sebelum diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurutnya, sejak Ahad lalu, Din kembali menghuni pusat jagaan berkenaan berkenaan selepas pihaknya menawarkan perlindungan kepada lelaki itu.

“Kedua-dua anak Din sihat serta sepatutnya tiada masalah menjaga kebajikan bapa mereka.

“Atas dasar perikemanusiaan, kami menerima kembali Din dan berharap emosinya juga pulih selepas kejadian terbabit.

“Din yang berstatus duda seorang yang tegas dan gemar menasihati individu lain, mungkin ia kurang disenangi anaknya.

“Namun, pengabaian tidak sepatutnya berlaku,” katanya dihubungi, hari ini.

Pada masa sama, difahamkan, keluarga Din memberi alasan tidak dapat memberi penjagaan kepadanya kerana masalah kewangan.

Jurucakap JKM pula menyatakan, warga emas itu sudah diselamatkan selepas ditemukan gelandangan.-SumberSumber

Baca Lagi:Wanita nak jadi ‘influencer’ kantoi curi baju, tudung rakan serumah..rupanya pencuri bersiri!100 maut termasuk pengantin, majlis perkahwinan terbakar gara-gara bunga apiBaring sambil tunggang motosikal, guna kaki pulas minyak…aksi ngeri lelaki ini buat ramai bengang!

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments