Harga internet akan diturunkan lagi – Timbalan Menteri

Harga internet akan diturunkan lagi – Timbalan Menteri.

Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching mengesahkan harga perkhidmatan Internet di Malaysia akan diturunkan lagi.

Beliau berkata, kadar penurunan itu dijangka diketahui dalam tempoh seminggu dua.

Nie Ching menjelaskan, disebabkan 90 peratus fiber optik di Malaysia adalah milik TM dan syarikat telekomunikasi lain menyewa daripada TM, maka kerajaan telah meminta TM untuk berunding dengan syarikat berkenaan mengenai penetapan harga.

“Harga borong TM mesti diturunkan untuk memastikan syarikat telekomunikasi lain menurunkan harga runcit masing-masing,” katanya kepada Sinchew Daily.

Menurutnya, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia telah menyelaraskan Harga Standard Mandatori mengenai Harga Capaian (MSAP) pada awal tahun dan membolehkan penurunan harga secara keseluruhannya.

“Dalam peringkat seterusnya, TM harus menyelaraskan harga borong mengikut MSAP. Keadaan ini selanjutnya akan membolehkan penurunan harga runcit,” katanya.

Tambah Nie Ching, kementeriannya memahami rakyat mahu harga perkhidmatan Internet diturunkan secara berterusan, oleh itu kerajaan telah menyampaikan permintaan berkenan kepada TM

Baca Lagi:Polis tengah syok minum teh, 3 banduan cabut lari100 maut termasuk pengantin, majlis perkahwinan terbakar gara-gara bunga apiNenek umur 92 tahun masuk sekolah semula sebab tak sanggup ditipu cucu

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments