Pengantin buat kejutan hidang McDonald’s pada tetamu di majlis perkahwinan

Pengantin buat kejutan hidang McDonald’s pada tetamu di majlis perkahwinan.

Sepasang pengantin baharu di Paris mengundang perhatian netizen kerana menghidangkan hidangan McDonald’s kepada tetamu majlis perkahwinan mereka, lapor portal berita LadBible semalam.

Thomas Billaudeau, 27, dan isterinya, Ophelie, 25, membuat kejutan dengan menolak hidangan mahal yang kebiasaannya terdapat dalam majlis perkahwinan.

Dalam video yang dimuat naik di platform TikTok, pasangan pengantin itu berucap di hadapan tetamu dan mengarahkan orang ramai melihat ke belakang dewan.

Seorang penghantar makanan kemudian masuk sambil membawa beg-beg kertas mengandungi hidangan makanan segera itu sambil disambut sorakan tetamu.

Menurut portal berita MailOnline, Thomas dan Ophelie menghidangkan 300 biji burger bersama hidangan gulung (wrap) dan nuget untuk tetamu mereka.

Hantaran itu tular dan menerima pelbagai komen dengan ada netizen mengecam mereka, namun sebilangan lagi mempertahankan perbuatan tersebut.

“Saya pulang dulu,” kata seorang netizen yang membantah hidangan tersebut.

“Akhirnya, orang boleh mengadakan majlis perkahwinan yang mereka mahukan tanpa perlu berhutang untuk menunjuk-nunjuk. Asalkan mereka bahagia,” kata netizen lain.

Sementara itu, Ophelie ketika dihubungi akhbar Le Parisien berkata, dia merupakan seorang yang cerewet dalam makanan justeru, McDonald’s adalah pilihan berpatutan untuk hidangan menarik.

Baca Lagi:McDonald’s Malaysia lapor polis pelanggan agresif gara-gara sos cili, dedah perkara sebenarLelaki maut lutut hampir putus dibaham buaya ketika cari kangkung di paritDr Akmal Saleh serbu kilang beras di Melaka, sekali ini yang terjadi

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments