“Dengan rendah diri aku halalkan makanan yang kau ambil” – Peniaga burger dakwa ditipu pelanggan rugi lebih RM80

“Dengan rendah diri aku halalkan makanan yang kau ambil” – Peniaga burger dakwa ditipu pelanggan rugi lebih RM80.

Seorang peniaga gerai burger di Ampang, Kuala Lumpur baru-baru ini telah memuat naik sebuah video di TikTok memaparkan luahan hatinya apabila ditipu seorang pelanggan yang meninggalkan gerainya dengan makanan bernilai lebih RM40 tanpa membuat pembayaran.

Menurutnya, pelanggan itu yang telah mengambil sebahagian set makanan dipesan memberitahunya mahu pulang mengambil wang tunai di rumah dan kembali semula ke gerai untuk membuat pembayaran penuh serta mengambil pesanan selebihnya tetapi tidak kembali semula.

Sehubungan itu, dia juga menasihatkan penjaja makanan lain supaya berhati-hati dan sentiasa berwaspada agar tidak terpedaya dengan penipuan tersebut.

Walaupun dia mengalami kerugian lebih RM80 tetapi dia memilih untuk menghalalkan sahaja makanan yang telah diambil dan memaafkan penipu tersebut.

Ads by Kiosked

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen menzahirkan rasa simpati terhadap peniaga tersebut serta ada juga penduduk setempat yang mahu berkunjung ke gerai burger peniaga itu untuk memberikan sokongan.

@mohdazroyampang Dengan rendah diri aku halal kan makanan yang kau ambil, semoga ada rezeki untuk aku pada masa2 akan datang amin #crispybitesburger #burgerayamcrispy #chickencrispyburger #scammers ♬ original sound – Abang Burger🍔Menjengah ke ruangan komen, ada juga peniaga yang mengatakan bahawa mereka pernah terkena seperti ini dengan orang yang sama. Para netizen turut berasa pelik kerana masih ada orang yang berperangai seperti itu.

Baca Lagi:Pengunjung pasar pagi gempar! Wanita berpakaian kimono beri barang ‘misteri’ hingga orang ramai tak berhenti hiduWanita ini pilih kerjaya sebagai ‘pet sitter’ dari rumah ke rumah mampu raih RM12k sebulanLelaki nyaris maut ditikam isteri selepas minta izin mahu ambil kedi golf sebagai wanita simpanan

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments