Pekerja katering terjun kereta minta tolong selepas dilarikan pemandu e-hailing

Pekerja katering terjun kereta minta tolong selepas dilarikan pemandu e-hailing.

“Dia (pekerja) hubungi saya beritahu terjun dari kereta dan meminta tolong,” kata Ayuni Dean, 44, mengenai kejadian pekerja perempuannya yang berdepan detik cemas ‘dilarikan’ pemandu e-hailing.

Menceritakan kejadian, pengusaha katering itu berkata, kejadian berlaku pada Rabu lalu ketika pekerjanya berusia 30 tahun dalam perjalanan ke tempat acara di Glenmarie, di sini.

Gambar hiasan

Menurutnya, pekerja dipanggil Neera menghantar WhatsApp beritahu menaiki Perkhidmatan Transit Aliran Ringan (LRT) kerana kereta yang diparkir dihalang kenderaan lain.

Katanya, Neera menaiki LRT Subang Jaya ke Glenmarie sebelum menempah e-hailing untuk ke tempat acara yang terletak tidak jauh dari stesen berkenaan.

“Ketika menaiki kereta, Neera beritahu pemandu kereta bahawa dia mahu buat bayaran secara tunai tetapi lelaki itu hanya diam.

“Sepanjang perjalanan, dia tanya soalan sama berulang kali tapi pemandu itu hanya memandangnya dan diam sebelum membawanya melalui lorong sunyi serta terdapat bangunan kosong.

“Neera pelik dan bertanya ke mana mahu pergi tapi lelaki itu diam lalu dia hubungi talian 999 minta bantuan. Pegawai khidmat pelanggan memintanya memasang pembesar suara untuk bercakap dengan lelaki itu tapi dia tetap diam dan meneruskan perjalanan.

“Apabila sampai di satu bangunan kosong, lelaki itu memperlahankan kereta seolah mahu berhenti dan Neera terus terjun serta lari menyelamatkan diri,” katanya kepada Harian Metro.

Ayuni berkata, Neera kemudian menghubunginya meminta bantuan selain mendapatkan bantuan pengawal keselamatan berhampiran.

Berikutan kejadian, Ayuni membawa pekerjanya itu membuat laporan polis.

“Saya bersyukur Neera selamat dan tidak cedera. Saya tak sangka pula perkongsian kisah itu di laman sosial Facebook menjadi tular dan berharap menjadi pengajaran kepada masyarakat,” katanya.

Ayuni turut menasihati penumpang e-hailing supaya mengamalkan tips keselamatan seperti mengambil gambar kenderaan sebelum menaikinya dan berkongsi maklumat pemandu serta ‘live location’ dengan ahli keluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata, siasatan sedang dijalankan.

Beliau berkata, polis sedang giat mengesan pemandu e-hailing terbabit bagi membantu siasatan.

Baca Lagi:Mesti ramai yang perasan kenapa pemandu lori atau bas jarang matikan enjin ketika berhenti makan atau berehat? Ini jawapan nya..Wanita lapor polis jiran tuang air kencing dalam kasut, lumur sos kicap pada pakaianPengunjung pasar pagi gempar! Wanita berpakaian kimono beri barang ‘misteri’ hingga orang ramai tak berhenti hidu

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments