Pelajar 14 tahun masuk ICU selepas dihukum squat 200 kali oleh guru

Pelajar 14 tahun masuk ICU selepas dihukum squat 200 kali oleh guru.

Seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun di China dimasukkan ke unit rawatan rapi kerana mengalami kerosakan hati selepas dihukum ‘squat’ atau bangun duduk sebanyak 200 kali oleh gurunya.

Portal berita South China Morning Post melaporkan, pengalaman pahit pelajar bernama Liu itu dikongsi bapanya di media sosial.

Guru bernama Tao itu menghukum Liu squat 200 kali kerana bercakap dengan rakan sekelas di Sekolah Menengah Quan Tang di wilayah Hunan.

Liu kemudian merasakan ketidakselesaan yang teruk selama beberapa hari selepas hukuman itu.

Pada hari berikutnya, Liu diarahkan berjalan beberapa pusingan semasa kelas pendidikan jasmani walaupun memberitahu seorang lagi guru bahawa kakinya sakit.

Guru bernama Wen itu menegaskan bahawa jogging perlahan boleh mengurangkan sakit otot dan membantu memulihkannya.

Selepas keadaan Liu bertambah teruk, ibunya membawanya ke Hospital Rakyat Ningxiang di mana dia diagnosis mengalami rhabdomyolysis (tisu otot rosak) dan kerosakan hati.

Apabila keadaan Liu kritikal selepas tiga hari, dia dipindahkan ke ICU di Hospital Xiangya Central South University dan menerima beberapa sesi pertukaran plasma dan dialisis.

Siasatan oleh Biro Pendidikan tempatan mengesahkan bahawa Tao bersalah dalam kes tersebut dan sekolah itu akan menanggung semua perbelanjaan perubatan mangsa.

Pengetua sekolah dan guru terbabit telah digantung tugas.

Baca Lagi:Jururawat maut ditikam suami, mayat ditemui dalam bilik tidur ditutupi dengan selimut tebalPutri Ariani tewas di AGT, dapat pujian Simon Cowell walaupun dapat tempat ke-4Wanita lapor polis jiran tuang air kencing dalam kasut, lumur sos kicap pada pakaian

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments