Saya okey je pakai Wira lama, yang awak pula rasa elegik dah kenapa? – Jasmin Hamid

Saya okey je pakai Wira lama, yang awak pula rasa elegik dah kenapa? – Jasmin Hamid.

Pelakon Jasmin Hamid hairan dengan sikap segelintir netizen yang mempersoalkan kenderaan lama yang dinaikinya hanya kerana bergelar selebriti.

Jasmin menerusi hantaran di akaun Instagram miliknya berkata dia tidak malu untuk menggunakan kereta jenis Proton Wira yang digelar Bobob sebagai kenderaan kesayangannya.

“Alhamdulillah my Felari dah bangun dan bawa saya makan cendol selepas beberapa tahun dah ditidurkan sebab PKP.

“Nama dia Bobob you all. Bila Bobob bawa saya jalan, ada segelintir manusia yang pandang senget kat saya. ‘Takkan artis pakai Wira lama? Dah jatuh miskin ke?’

“Itulah dialog yang saya dengar walaupun saya buat-buat tak dengar. Kenapa ek?

“Haram ke pakai Wira lama? Kereta buruk? Saya okey je pakai Wira lama. Yang awak pula rasa elegik dah kenapa?” luahnya.

Tidak mempedulikan kata-kata negatif netizen, Jasmin menyatakan dia berasa bahagia dengan kehidupan sederhana yang dimiliki.

“Biarlah… Saya bahagia dengan kehidupan dan cara saya. Bobob ada sentimental value pada saya..

“Pada yang banyak cakap tu, nak belikan kereta baharu untuk saya ke?

“Kalau tak, tutup mulut dan telinga tu rapat-rapat. Tepi sikit Bobob nak lalu ni,” tulisnya.

Sehingga kini, perkongsian Jasmin itu mendapat lebih 10,000 tanda suka daripada pengikutnya.

Baca Lagi:Mesti ramai yang perasan kenapa pemandu lori atau bas jarang matikan enjin ketika berhenti makan atau berehat? Ini jawapan nya..Pelakon Lana Nodin buat pembedahan di hidung, puas hati berhabis RM166,000 tak sakit langsung!Ibu 4 anak dedah cari lelaki bujang selepas 14 tahun kahwin, suami cepat longlai tak sampai satu minit terus tidur

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments