Setelah tular anak kucing kena simbah cat, Persatuan haiwan Malaysia tawar ganjaran RM3,000 bantu kesan pelaku

Setelah tular anak kucing kena simbah cat, Persatuan haiwan Malaysia tawar ganjaran RM3,000 bantu kesan pelaku.

Ganjaran RM3,000 ditawarkan kepada penyalur maklumat dengan pembuktian lengkap, jelas dan sah mengenai penganiaya haiwan menyimbah cat putih ke atas seekor anak kucing yang tular di media sosial.

Difahamkan, anak kucing itu ditemui di sebuah universiti awam di Gombak.

Ganjaran tunai itu ditawarkan Persatuan Haiwan Malaysia melalui Malaysia Animal Crime Transparency (MyAct), jika pelaku dapat ditahan dan dibuktikan bersalah di mahkamah.

Presiden Persatuan Haiwan Malaysia, Arie Dwi Andika, berkata tindakan itu tidak bertanggungjawab dan mengancam nyawa kucing terbabit kerana bahan kimia boleh memudaratkan kesihatannya jika ia menjilat badannya.

“Saksi kejadian atau penduduk Gombak boleh tampil menyalurkan aduan mengenai kejadian kejam, zalim dan tidak berperikemanusiaan ke hotline Persatuan Haiwan Malaysia (Animal Malaysia) di WhatsApp 010 5394749,” katanya menurut Harian Metro.

Kes boleh disiasat mengikut Seksyen 29 Akta Kebajikan Haiwan 2015 kerana mendatangkan kemudaratan kepada kucing, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda sehingga RM100,000, jika sabit kesalahan.

Pengguna X @izzat_bashir memuat naik gambar dan video seekor anak kucing dipenuhi cat putih dan memaklumkan ia sudah diserahkan kepada polis bantuan. – SumberSumber

Baca Lagi:Anak tak mampu bayar yuran bulanan di pusat jagaan, ayah dibiarkan jadi gelandangan di surauPengantin buat kejutan hidang McDonald’s pada tetamu di majlis perkahwinanUstaz Azhar Idrus lulus tauliah mengajar dan ceramah sehingga 2028

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments