Misteri 9 batu nisan dicabut di Tanah Perkuburan Islam jadi tanda tanya penduduk

Misteri 9 batu nisan dicabut di Tanah Perkuburan Islam jadi tanda tanya penduduk.

Sembilan batu nisan ditemukan dicabut di Tanah Perkuburan Islam Jagus di Saguking, dekat sini.

Ahli jawatankuasa Masjid Nur, Munir Kamari, yang menjaga tanah perkuburan itu berkata, beliau kecewa dengan perbuatan vandalisme tersebut dan percaya ia dilakukan secara sengaja.

Gambar hiasan

“Pelaku itu mungkin tidak siuman sehingga sanggup melakukan sedemikian. Jika mereka waras, saya tak rasa mereka sanggup melakukan perbuatan keji itu,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di tanah perkuburan tersebut hari ini.

Katanya, penduduk setempat sedih dan marah dengan perbuatan itu yang bukan sahaja tidak mempedulikan kesucian tanah perkuburan, tetapi juga tidak menghormati dan menyakiti hati orang lain.

Ketua Polis Labuan Superintendan Mohd Hamizi Halim mengesahkan anggotanya memeriksa kawasan kejadian dan mengumpul maklumat.

“Kami menggesa mana-mana anggota komuniti untuk membuat laporan polis secara rasmi supaya satu penyiasatan yang menyeluruh boleh dimulakan,” katanya.

Baca Lagi:Pokok paling terkenal berusia 200 tahun ditebang remaja 16 tahun undang ramai sebakPengantin perempuan kecewa selepas dapat tahu saiz zakar suami hanya 3cm ketika bulan maduMuka sebijik macam artis K-pop, pemain dram Dewa 19 cetus kegilaan ramai wanita

About Mat Lan Editor

Check Also

kelibat-4-‘pontianak-berkeliaran-di-pekarangan-snbj-curi-perhatian-ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai. Perlawanan final Piala FA membabitkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments