Wanita jumpa berlian 3.72 karat ketika tonton cara cari berlian di youtube

Wanita jumpa berlian 3.72 karat ketika tonton cara cari berlian di youtube.

Bagaikan durian runtuh, wanita dari Texas ini mungkin tidak menyangka hanya duduk santai akan menjadi mimpi indah seumur hidupnya. Mana tidaknya, ketika sedang menikmati waktu rehat sambil menonton cara-cara mencari berlian di Youtube, dia menemui berlian di tempat duduknya.

Wanita yang dikenali sebagai Miranda Hollingshead berkunjung ke Taman Negara Berlian di Arkansas bersama keluarganya. Miranda telah bersiar-siar selama sejam di sekitar taman itu dan kemudian berhenti berehat di kaki bukit. Dia melepaskan penatnya dengan menonton Youtube.

Ketika sedang menonton sambil memantau anaknya, tidak semena-mena dia ternampak satu berlian kuning tersekat di celah batuan.

Dia cuba mencari untuk memastikan adakah benar itu sebutir berlian dan sememangnya ya. Ia merupakan antara berlian terbesar dengan seberat 3.72 karat yang pernah didaftarkan di taman negeri itu sejak Mac 2017.

Menurut pegawai Taman Negara Berlian, berlian berwarna kuning cair dan bersaiz kira-kira sebesar pemadam pensel itu mungkin ditemui disebabkan hujan di sana. Kemungkinan berlian yang dijumpai itu terbentuk daripada batuan gunung berapi.

Menerusi laman web taman itu, hampir 320 berlian telah dijumpai dan didaftarkan di taman itu sepanjang tahun 2019. Jika dikumpulkan, berlian itu membentuk 63.49 karat.

Taman Negara Berlian mempunyai polisi finder keepers, iaitu sesiapa yang menjumpai berlian mempunyai hak untuk menyimpannya. Jika ada kelapangan, bolehlah berkunjung ke taman negara itu berkemungkinan anda juga boleh terjumpa sebutir berlian?

Baca Lagi:“Dengan rendah diri aku halalkan makanan yang kau ambil” – Peniaga burger dakwa ditipu pelanggan rugi lebih RM80Selepas tular wanita terjun kereta dakwa dilarikan pemandu e-hailing, rupanya ini kisah sebenar yang ramai tak tahuPengantin perempuan kecewa selepas dapat tahu saiz zakar suami hanya 3cm ketika bulan madu

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments