Keluarga Allahyarham Hamid Gurkha tuntut wang RM10,000 daripada Astro

Keluarga Allahyarham Hamid Gurkha tuntut wang RM10,000 daripada Astro.

Keluarga Allahyarham Hamid Gurkha mendakwa masih menanti wang berjumlah RM10,000 daripada Astro yang tertunggak sejak tahun lalu sehingga sekarang.

Anak ketujuhnya, Nor Azian berkata, pelawak itu diberikan Anugerah Sepanjang Zaman MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) yang berlangsung pada 29 Mei tahun lalu dan menerima wang berjumlah RM10,000.

“Sebulan selepas itu, bapa meninggal dunia pada 14 Jun tahun lalu. Sebenarnya selepas program itu berakhir, kami tunggu duit masuk tapi sehinggalah dia meninggal dunia pun tiada juga. Kami pun macam dah terlupa berkenaan duit itu.

“Kemudian emak ingatkan hal ini dan saya hubungi produksi AME2021 dan diberitahu wang itu ada, namun kami perlu berikan dokumen kematian dan sebagainya.

“Saya berhubung dengan wakil produksi bernama Lala yang banyak membantu. Saya bagi dokumen ini yang diserahkan kepada Jabatan Kewangan dan Undang-Undang, tapi selepas itu mereka diam saja,” katanya kepada Harian Metro.

Tidak berpuas hati, Azian kemudian menghubungi mereka semula dan dimaklumkan wang terbabit kena difaraid kerana sudah menjadi pusaka.

“Saya tanya mereka apa perlu kami buat dan mereka kata mahukan surat. Sebenarnya kami dah berbincang adik-beradik dan bercadang nak beri wang ini sepenuhnya kepada emak sebagai tanda kasih sayang.

“Kami tak bercadang nak ambil duit itu dan buat surat kasih sayang mengatakan nak beri kepada emak.

Selepas buat dan hantar, mereka diam juga.

“Kemudian Jabatan Undang-Undang beritahu Lala, dokumen ini tak diterima kerana tiada pengesahan mahkamah. Saya seterusnya rujuk kepada pejabat agama dan tanya apa yang perlu dibuat dalam tuntutan faraid,” katanya.

Menurutnya, dia diberitahu perkara ini bukanlah sukar kerana apabila semua adik-beradik sudah setuju dan buat surat, ia boleh diterima.

“Kemudian mereka sekali lagi kata kena ambil peguam pula. Bagi saya, takkan perkara ini nak kena guna peguam. Agak rumit nak bayar peguam lagi sedangkan wang yang dituntut cuma RM10,000. Kakitangan mahkamah yang kami jumpa pun tak galakkan kami guna peguam dan minta kami angkat sumpah.

“Saya dah ambil nama adik beradik, manakala kakak kedua uruskan angkat sumpah kerana yang sulung dah meninggal dunia. Jadi dia uruskan hantar kepada mereka,” katanya.

Masalah ini berterusan apabila pihak terbabit masih membisu diam dan Azian menghubungi Lala semula minggu lalu.

“Saya masih tunggu keputusan ini sekarang. Kasihan dengan mak dan arwah bapa kerana perkara yang tak selesai ini. Emak sampai bertanya ada atau tiada? Kalau tiada cakaplah tiada, tak payahlah kita nak pening-pening.

“Emak dah lebih 80 tahun, jadi banyaklah dia fikir nak guna duit itu untuk buat kenduri dan sebagainya. Bukan nak cakap Astro tak nak bayar, tapi kalau boleh, kami minta percepatkan proses itu.

“Kami bukan nak doa, tapi berapa lama lagi dia nak hidup. Entah sempat atau tidak dia nak rasa duit itu. Kalau dia tiada lagi susah nak selesaikan benda ini,” katanya.

Menurutnya, jika sekiranya perlu menggunakan peguam, mereka akan melupakan saja perkara ini.

“Kami bukan orang berada untuk bayar kos peguam. Kami akan anggap sagu hati yang nak diberikan itu hanya kata-kata. Ia macam tak ikhlas nak bagi,” katanya.

Sementara itu, Ketua Saluran Astro Ria, Warna & Prima, Norzeha Mohd Salleh ketika dihubungi berkata, pihaknya akan mendapatkan maklumat daripada pasukan AME serta penerbit dan akan memberikan penjelasan dalam masa terdekat ini.

Sumber.

Baca Lagi:Misteri 9 batu nisan dicabut di Tanah Perkuburan Islam jadi tanda tanya penduduk6 ‘sebab’ popular gadis melayu suka abang Bangla yang ramai lelaki Malaysia tak tahuPengadil lebam biji mata kena tumbuk dengan pengurus pasukan ketika perlawanan akhir Liga Super Perlis

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments