Lelaki ‘kunci’ ular tedung sampai tunduk seperti ditidurkan dengan hanya beri salam dan baca doa Nabi Sulaiman

Lelaki ‘kunci’ ular tedung sampai tunduk seperti ditidurkan dengan hanya beri salam dan baca doa Nabi Sulaiman.

Haiwan berbisa dan melata seperti ular yang memasuki kediaman boleh mencetuskan situasi cemas.

Mengeluarkan haiwan ini dari rumah memerlukan kepakaran daripada mereka yang profesional seperti pasukan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) atau Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Namun, menerusi video yang tular, seorang individu awam dilihat secara sukarela menawarkan khidmat menangkap ular berbisa yang memasuki sebuah rumah.

Berbekalkan doa Nabi Sulaiman dengan kebesaran Allah, ular tersebut dan tidak agresif dan terus ‘tunduk’.

Dalam kejadian dipercayai berlaku di Sungai Petani, Kedah, ular tedung tersebut dilihat cuba mencari jalan keluar setelah dikepung di sudut dinding oleh lelaki berkenaan.

Lelaki itu kemudian ‘mengunci’ pergerakan ular menggunakan sebatang penyepit besi sebelum memberi salam dan membacakan doa.

Bacaan doa itu berjaya membantu menurunkan kepala ular tedung yang dari awal tegang berdiri perlahan-lahan ke lantai, seperti sedang ditidurkan.

“Okay ini ular kedua yang saya ambil pada minggu ini, yang hari tu agak bersaiz mega. Yang ini besar ibu jari saya sikit saja, tapi kalau kena patuk pun dah cukup padah.

“Ini ular tedung senduk O atau nama saintifiknya adalah naja kaouthia. Keluarga ini bernasib baik kerana anak mereka nampak ular sedang menjalar masuk ke bawah sofa.

Saya kalau dalam situasi macam ni, doa makan pun boleh lupa.

Ok nanti petang nak cuba baca lah.. 🤔 pic.twitter.com/dS3LgXYntk

— Jalal Misai (@jllmisai) October 3, 2023

“Kita ambil gambar kejap ya adik (ular), terima kasih sebab duduk diam,” kata lelaki itu selepas berjaya menjinakkan reptilia tersebut.

Menjengah ke laman Facebook, lelaki tersebut yang dikenali sebagai Mohd Amir Faizal memberitahu, bisa ular tedung adalah sangat berbahaya dan boleh mengakibatkan maut.

“Bisa daripada ular tedung ini mengandungi neurotoksin yang boleh membunuh dalam masa 30 minit.

“Bisanya mengakibatkan mangsa lumpuh dan mengalami sesak nafas sehingga boleh membawa maut,” jelasnya.

Di ruangan komen, Faizal turut berkongsikan ilmu untuk menangkap ular.

“Apabila kita baca doa Nabi Sulaiman ni, ada juga ular yang tak dengar cakap. InsyaAllah kalau nak tangkap ular kena tenang dan lagi satu kena ada ilmu dan keberanian.

“Saya juga selalu bahasakan diri saya abah dan binatang itu adik apabila nak tangkap ular. Kita semua makhluk dan saling menghormati,” kata Faizal.

Sementara itu, warga maya kagum dengan kebolehan Faizal yang kekal tenang dalam situasi mencemaskan itu.

“Kali pertama saya tengok ada haiwan tunduk selepas bacaan doa Nabi Sulaiman ni. Antara mukjizat utama Nabi Sulaiman adalah dapat berhubung dengan makhluk lain seperti jin, semut, dan burung.

“Saya kalau dalam situasi macam ni, doa makan pun boleh lupa,” kata sebahagian warga maya.

Baca Lagi:Apa motif letak duit berkepuk tepi sejadah ketika solat? usahawan dikecam teruk oleh netizenIsteri polis mengamuk di sekolah kerana anak diberi suntikan vaksin tanpa izinCara mudah buka pintu terkunci dari dalam hanya guna sekeping kertas

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments