Terkini! PM Anwar sahkan tiada rombakan kabinet

Terkini! PM Anwar sahkan tiada rombakan kabinet.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan tiada rombakan kabinet akan dilakukan pada Rabu.

Anwar berkata, beliau menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada Selasa juga tiada kaitan dengan rombakan kabinet.

“Tadi saya mengadap Tuanku untuk bincang (mesyuarat mingguan) kabinet esok dan tiada kaitan dengan rombakan jemaah menteri.

“Lepas (mesyuarat mingguan kabinet) esok saya (bertolak) ke Sabah dan kemudian ke Abu Dhabi,” katanya.

Sementara itu, Anwar memberitahu, kerajaan memantau perkembangan jerebu dengan teliti setiap hari.

“Laporan penuh berkaitan jerebu ini akan dimaklumkan dalam mesyuarat minggu kabinet esok,” ujar beliau.

Malah, katanya, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad akan berhubung dengan rakan sejawatannya di Indonesia bagi membincangkan masalah jerebu yang didakwa berpunca dari negara jiran itu.

Baca Lagi:Apa motif letak duit berkepuk tepi sejadah ketika solat? usahawan dikecam teruk oleh netizenCara mudah buka pintu terkunci dari dalam hanya guna sekeping kertasIsteri polis mengamuk di sekolah kerana anak diberi suntikan vaksin tanpa izin

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments