Bagaimana dia boleh masuk kedalam? Gelandangan terperangkap dalam longkang diselamatkan bomba

Bagaimana dia boleh masuk kedalam? Gelandangan terperangkap dalam longkang diselamatkan bomba.

Seorang gelandangan menempuh detik mencemaskan akibat terperangkap dalam longkang dengan kedalaman 2.44 meter sebelum diselamatkan anggota bomba dalam kejadian di Jalan Tun Abdul Aziz di sini pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan mangsa dipercayai terperangkap dalam longkang tersebut pada jam 8.24 pagi.

“Sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kajang dikejarkan ke lokasi kejadian sebelum menjalankan usaha mengeluarkan mangsa.

“Mangsa yang merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 40-an itu disedari berada dalam longkang itu oleh orang ramai yang berada di sekitar lokasi kejadian,” katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Katanya, anggota bomba mengambil masa kira-kira 10 minit untuk mengeluarkan mangsa.

“Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Alhamdulillah mangsa selamat.#Kajang

Kredit owner 🎥 pic.twitter.com/eWOsf20OeD

— nan manjoi8715 (@nanmanjoi8715) October 3, 2023

Baca Lagi:Cara mudah buka pintu terkunci dari dalam hanya guna sekeping kertas6 ‘sebab’ popular gadis melayu suka abang Bangla yang ramai lelaki Malaysia tak tahuPengadil lebam biji mata kena tumbuk dengan pengurus pasukan ketika perlawanan akhir Liga Super Perlis

About Mat Lan Editor

Check Also

kelibat-4-‘pontianak-berkeliaran-di-pekarangan-snbj-curi-perhatian-ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai. Perlawanan final Piala FA membabitkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments