Kecoh! Penyokong JDT diserang penyokong BG Pathum sejurus selepas perlawanan

Kecoh! Penyokong JDT diserang penyokong BG Pathum sejurus selepas perlawanan.

Selepas kerabat diraja Johor mengalami detik cemas di perkarangan hotel penginapan di Bangkok, Thailand, susulan insiden tembak menembak malam tadi, kumpulan penyokong setia pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) turut berdepan situasi hitam apabila diserang penyokong BG Pathum United selepas berakhirnya aksi antara kedua-dua pasukan, malam tadi.

Penyokong JDT yang digelar ‘Boys Of Straits’ atau singkatannya ‘BOS’ diserang oleh sekumpulan penyokong tuan rumah yang tidak dikenali hingga berlakunya insiden tumbuk menumbuk dan balingan mercun.

Berdasarkan satu video yang tular di laman sosial, penyokong JDT sedang berjalan di luar perkarangan Stadium Leo yang juga venue kelab BG Pathum United, namun secara tiba-tiba kumpulan penyokong Harimau Selatan itu diserang.

Dalam aksi terbabit, JDT melakar kemenangan 4-2 mengatasi skuad The Rabbits itu, sekali gus menghadiahkan tiga mata maksimum buat pelawat dalam aksi Kumpulan I saingan Liga Juara-Juara Asia (ACL) itu.

Beberapa jam sebelum sepak mula perlawanan berkenaan, pemilik JDT yang juga Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan keluarganya berdepan detik cemas apabila berdepan situasi tegang berhampiran hotel penginapannya.

Penyokong Johor Darul Ta’zim diserang penyokong lawan di luar stadium selepas aksi kedua Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia di Stadium Pathum Thani malam tadi.

Berlaku sedikit provokasi daripada segelintir penyokong BG Pathum sebelum perlawanan bermula. Flash Sukan ada di lokasi… pic.twitter.com/OJLi3BzKPM

— Flash Sukan (@FlashSukan) October 4, 2023

Ia susulan berlaku insiden tembakan di pusat-belah Siam Paragon Mall yang berhampiran dengan hotel penginapan keluarga TMJ, yang ketika itu sudah berada di lobi untuk berangkat ke venue perlawanan bagi menyaksikan aksi JDT dan BG Pathum United.

Bagaimanapun, Tunku Ismail terpaksa melupakan hasrat menonton aksi itu apabila dibawa terus ke kedutaan bagi melindungi keselamatan keluarganya.

Baca Lagi:Berkasih sampai berzina dengan isteri orang hingga melahirkan anak, lelaki kena bayar ganti rugi RM30,000 kepada suami kekasihBagaimana dia boleh masuk kedalam? Gelandangan terperangkap dalam longkang diselamatkan bombaPersis Kareena Kapoor, Ameera Khan dipuji cantik pakai abaya warna jambu cair

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments