TMJ kongsi detik cemas insiden tembakan di Siam Paragon Mall, berada di hotel berhampiran ketika kejadian

TMJ kongsi detik cemas insiden tembakan di Siam Paragon Mall, berada di hotel berhampiran ketika kejadian.

Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim lewat malam ini berkongsi pengalaman buruk yang dihadapinya ketika berada di Thailand bagi menyaksikan saingan Kumpulan I Liga Juara-Juara Asia (ACL) di antara pasukan Johor Darul Takzim (JDT) menentang kelab BG Pathum United.

Tunku Ismail bersama keluarga dan pasukan keselamatan menginap di hotel yang berdekatan dengan pusat membeli belah Siam Paragon, Bangkok, lokasi insiden tembakan rambang yang sehingga kini dilaporkan telah mengorbankan tiga nyawa.

Menulis pengalamannya itu di Facebook HRH Crown Prince of Johor, Tunku Ismail menggambarkan suasana ketika kejadian berlaku amat hiruk piruk dengan orang ramai menjerit dan berlari masuk ke dalam hotel dari pusat membeli-belah apabila penembak mula melepaskan tembakan.

“Ia sangat bising dan terdapat begitu banyak jeritan. Kami semua sedang duduk di lobi hotel ketika itu.

“Kami membawa kanak-kanak/keluarga ke tempat yang selamat, berlari ke ruang bawah tanah bersama pasukan saya, dan fikiran saya tertumpu kepada berapa ramai penembak di luar sana, apa senjata yang mereka gunakan dan apa situasinya.

“Kami perlu berjaga-jaga dan bersedia untuk sebarang kemungkinan kerana yang kami tahu ketika itu hanyalah bunyi tembakan yang kedengaran. Kami tidak mempunyai maklumat lain dan perlu bersedia untuk apa-apa perkara yang boleh berlaku.

“Saya masih terbayang waktu saya memberitahu anak-anak saya, “semuanya akan kembali okay. Babah dan Mama ada di sini” dan menyuruh mereka tunduk sementara menunggu kenderaan tiba.

“Saya dan pasukan keselamatan kami berdiri di hadapan keluarga saya, membina perisai manusia untuk melindungi mereka walau apa pun berlaku. Apa yang difikiran saya adalah untuk membawa keluarga dan pasukan saya keluar dari tempat itu.

“Isteri saya memeluk anak-anak kami, menundukkan diri dan cuba menenangkan mereka kerana mereka ketakutan dan menangis,” kata Tunku Ismail.

Menceritakan lebih lanjut, Tunku Ismail berkata beliau telah meminta pasukan keselamatannya untuk membawa kereta ke ruang bawah tanah hotel tersebut dan seterusnya membawa mereka ke lokasi yang selamat jauh dari tempat tersebut.

“Saya memberitahu mereka untuk membawa kami ke Kedutaan Malaysia, dan pemandu memberitahu kami Kedutaan Singapura lebih dekat dan ketika itu saya menghubungi Konsul Jeneral Singapura di Johor. Kini kami selamat berada di Kedutaan.

“Saya menghubungi Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pertahanan kita untuk memaklumkan apa yang berlaku. Duta Besar Malaysia turut ada bersama kami.

“Setelah semuanya selamat, kami akan ke lapangan terbang dan terbang pulang ke Johor. Malangnya, saya terlepas perlawanan JDT tetapi saya bersyukur keluarga saya dan pasukan kami selamat.

“Ini adalah pengalaman terburuk yang pernah saya lalui. Melindungi nyawa anak-anak saya daripada pembunuh. 2 orang meninggal dunia. Semoga Allah merahmati roh mereka yang tidak berdosa. Alhamdulillah, kami selamat.

“Terima kasih kepada pasukan keselamatan saya dan rakan-rakan kami dari Singapura dan Malaysia. Saya akan selamanya berterima kasih kepada anda semua,” kata Tunku Ismail lagi.

Terdahulu, media melaporkan dalam kejadian tersebut sekurang-kurangkan tiga orang terbunuh dan empat lagi cedera terkena tembakan.

Suspek berusia 14 tahun turut ditahan pihak berkuasa Thailand dalam kejadian itu.

Baca Lagi:Lelaki ‘kunci’ ular tedung sampai tunduk seperti ditidurkan dengan hanya beri salam dan baca doa Nabi SulaimanApa motif letak duit berkepuk tepi sejadah ketika solat? usahawan dikecam teruk oleh netizenTerkini! PM Anwar sahkan tiada rombakan kabinet

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments