“Dalam video awak cakap ikan makan dua ekor sahaja, sebenarnya total enam hidang,” – Makcik owner gerai no 14 tampil beri penjelasan

“Dalam video awak cakap ikan makan dua ekor sahaja, sebenarnya total enam hidang,” – Makcik owner gerai no 14 tampil beri penjelasan.

Pemilik kedai makan yang didakwa mengena caj mahal untuk hidangan makanan laut di Johor Bharu tampil membuat penjelasan pada petang Rabu.

Menerusi video yang dimuat naik menerusi laman sosial itu, wanita berkenaan turut memperincikan setiap caj yang dikenakan terhadap Ekin Rahmat dan hampir 20 ahli keluarga yang lain pada Sabtu lalu.

Antara menu yang dipesan oleh Ekin dan keluarganya adalah pari bakar, siakap 3 rasa, siakap stim, udang butter, sotong goreng tepung, ketam dan siput gongong.

“Saya pemilik gerai nombor 14, tujuan video ini dibuat untuk memberi pencerahan berkaitan video yang dimuat naik di media sosial oleh selebriti tanah air yang tidak berpuas hati dengan harga makanan yang tidak memuaskan.

“Pada hari Sabtu 30/9, waktu petang mereka telah datang lebih kurang 20 orang termasuk kanak-kanak.

“Dalam video awak cakap ikan makan dua ekor sahaja, sebenarnya total enam hidang,” ujar wanita berkenaan.

LAHHHH 20 ORANG MAKAN RUPANYA!!!

pic.twitter.com/A35TxNuLqK https://t.co/TR2T2lhn4v

— 🤎Arif E.🤎 (@arfdy12) October 4, 2023

Pada penghujung video itu, wanita tersebut berkata, dia bersedia bertemu dengan pasangan selebriti itu sekiranya Mawi dan Ekin masih belum jelas dengan harga yang dikenakan.

Terdahulu, Ekin atau nama sebenarnya Nora’ Asikin Rahmat memuat naik hantaran di media sosial dan meluahkan rasa tidak puas hati dengan caj melampau sebuah kedai makan di Johor Bharu.

Baca Lagi:Berkasih sampai berzina dengan isteri orang hingga melahirkan anak, lelaki kena bayar ganti rugi RM30,000 kepada suami kekasihBagaimana dia boleh masuk kedalam? Gelandangan terperangkap dalam longkang diselamatkan bombaJangan tidur selagi anda tak cuci pinggan mangkuk yang berlonggok dalam sinki, kenapa? Ini sebabnya…

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments