“Lain kali, kalau tak berapa jelas dengan harga, boleh sahaja tanya depan-depan” – Pemilik restoran Dol Mat Seafood rupanya ibu saudara Linda Hasyim

“Lain kali, kalau tak berapa jelas dengan harga, boleh sahaja tanya depan-depan” – Pemilik restoran Dol Mat Seafood rupanya ibu saudara Linda Hasyim.

Pelakon Linda Hasyim mendedahkan pemilik restoran Dol Mat Seafood yang viral selepas didakwa mengenakan harga tidak masuk akal sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati isteri kepada penyanyi Mawi, Ekin Rahmat adalah ibu saudaranya.

Menurut Linda, dia tidak bersetuju dengan tindakan Ekin yang menularkan isu tersebut tanpa berbincang dengan pemilik restoran terlebih dahulu.

“Katanya tak nak menjatuhkan perniagaan sesiapa tapi siap buat live tu. Kesian peniaga sekarang. Naik harga sahaja kena kecam.

“Ingatkan artis sahaja selalu kena kecam,” tulisnya.

Pandangan tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelakon, Beego itu menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Katanya lagi, dia juga kasihan dengan ibu saudaranya itu yang terpaksa berhadapan dengan situasi tersebut.

“Lain kali, kalau tak berapa jelas dengan harga, boleh sahaja tanya depan-depan.

“Bukan curi-curi ambil video orang, okey. Tak baik. Kesian mak cik saya,” katanya lagi.

Terdahulu, awal pagi tadi, wanita yang mengaku sebagai pemilik Dol Mat Seafood tampil memberikan penjelasan mengenai harga yang telah dikenakan sewaktu Ekin bersama keluarganya makam malam di restoran berkenaan.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di media sosial, wanita tersebut turut memperincikan ke semua harga makanan yang dipesan Ekin untuk 20 orang makan.

Perincian harga mengikut menu yang disenarai pemilik kedai makan tersebut membawa jumlah yang dibayar Ekin RM1,260.

Dalam pada itu, pemilik kedai makan di Johor itu turut menafikan kenyataan Ekin yang mendakwa hanya memesan dua ekor ikan sahaja.

“Ini adalah details harga makanan yang dimakan pada hari itu. Kalau belum jelas boleh datang jumpa Mak Cik,” katanya mengakhiri video tersebut.

Sumber

Baca Lagi:‘Umur hanyalah angka’ nenek berusia 104 tahun catat rekod penerjun wanita tertua di duniaVideo tular jemaah lelaki, wanita solat bercampur saf di Cameron Highlands, ini penjelasan JAKIM500 batu nisan purba depan rumah, kubur milik gadis berbau wangi dan bercahaya pada waktu malam selama 2 bulan

About Mat Lan Editor

Check Also

‘gajah-rempuh-kereta-aku!-syukur-semua-selamat-kereta-boleh-baiki’

‘Gajah rempuh kereta aku! syukur semua selamat kereta boleh baiki’

Sebuah keluarga berdepan detik cemas setelah kenderaan yang dinaiki dirempuh seekor gajah ketika melalui Lebuhraya …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments