Mawi & Ekin buat laporan polis, bengang rumah tangga didakwa berantakan

Mawi & Ekin buat laporan polis, bengang rumah tangga didakwa berantakan.

Penyanyi, Mawi dan isterinya, Ekin memaklumkan telah membuat satu laporan polis berkenaan dakwaan palsu mengenai rumah tangga mereka.

Menurut Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani, tindakan itu dibuat kerana pihak tidak bertanggungjawab itu telah menyebarkan fitnah dengan mendakwa perkahwinan mereka sedang berantakan.

“Ya, saya buat laporan polis di Bangi, semalam. Ia berkaitan berita palsu yang disebarkan oleh pihak itu mengenai rumah tangga saya.

“Jadi, kami serahkan kepada pihak polis untuk melakukan siasatan,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Ditanya sama ada pihak terbabit cuba menghubunginya selepas dia membuat laporan polis, Mawi bagaimanapun memaklumkan dia tidak menerima sebarang panggilan.

Terdahulu, Mawi menerusi akaun Instagramnya meluahkan rasa kesal dengan penyebaran berita palsu membabitkan rumah tangganya.

Kata Mawi, berita tular yang tersebar di platform digital dan media sosial itu sekali gus menimbulkan persepsi terhadap mereka.

Baca Lagi:Isteri Mawi terkejut harga makanan ‘cekik darah’ dicaj sampai RM1,260‘Umur hanyalah angka’ nenek berusia 104 tahun catat rekod penerjun wanita tertua di dunia“Dalam video awak cakap ikan makan dua ekor sahaja, sebenarnya total enam hidang,” – Makcik owner gerai no 14 tampil beri penjelasan

About Mat Lan Editor

Check Also

aman-palestin-dakwa-sprm-bermiat-jahat,-beri-tempoh-3-hari-nyah-beku-akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun

Aman Palestin dakwa SPRM bermiat jahat, beri tempoh 3 hari nyah beku akaun. Aman Palestin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments