Kecoh! Tun M kena serbu kumpulan desak bebaskan Najib di Ceramah Grand Finale PN

Kecoh! Tun M kena serbu kumpulan desak bebaskan Najib di Ceramah Grand Finale PN.

Berlaku sedikit kekecohan berhampiran pentas Ceramah Grand Finale Perikatan Nasional (PN) di Dataran Purnama Simpang Pelangai sebentar tadi apabila terdapat sekumpulan pemuda dengan sepanduk ‘Ingat jasa Najib’.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.25 malam itu, kumpulan berkenaan yang terdiri daripada 15 individu tidak dikenali muncul ketika bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir mahu berangkat pulang setelah menyampaikan ucapan di ceramah yang dibanjiri lebih 1,000 orang itu.

Tindakan sekumpulan pemuda itu menimbulkan rasa tidak puas penyokong PN yang didakwa hampir mencetuskan provokasi.

Bagaimanapun, kekecohan tidak berlarutan apabila pihak polis bertindak pantas meleraikan dan mengarahkan dua kumpulan berkenaan beredar.

PRK Pelangai: KECOH! KECOH! Tun M Kena Serbu Kumpulan Desak Bebaskan Najib! Jeritan PN Jangan Tolak!

Suasana kecoh sebaik saja Tun Dr Mahathir Mohamad selesai berkempen Perikatan Nasional Di Dataran Purnama Simpang Pelangai apabila beliau diserbu sekumpulan pemuda yang membawa… pic.twitter.com/RduROVYGOs

— Malaysia Gazette (@MalaysiaGazette) October 6, 2023

Pecutan akhir kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Pelangai menyaksikan Dr Mahathir sepentas bersama pemimpin-pemimpin PN termasuk Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Program tersebut juga menyaksikan kehadiran lebih ramai penyokong berbanding ceramah-ceramah lain yang berlangsung sepanjang kempen PRK ini.

Baca Lagi:Ramai masih tak tahu ‘kotak sarang telur’ banyak kegunaannya, boleh serap bau busuk di dalam tong sampahWanita pelik kena hon, rupanya rakan sekerja letak sesuatu pada bumber belakang keretaIni info perlu anda tahu jika mahu beli minyak masak paket di mana-mana kedai

About Mat Lan Editor

Check Also

tanda-tanya-motosikal-ex5-dihumban-dalam-tasik-akhirnya-terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab

Tanda tanya motosikal EX5 dihumban dalam tasik akhirnya terjawab. Gara-gara tidak berpuas hati dengan perbuatan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments