Kubur pemuda Orang Asli maut dibaham harimau di Gua Musang dipasang cerucuk buluh.
Jenazah pemuda Orang Asli yang maut dibaham harimau di Kampung Perwer, Pos Pasik, di sini, selamat dikebumikan, hari ini.
Mangsa, Pisie Amud, 25, yang meninggalkan seorang isteri dan dua anak itu dikebumikan secara Islam pada 1.30 tengah hari.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keselamatan Kampung Orang Asli (JPKKOA), Mohd Sani Nahtiman, berkata urusan pengebumian turut dihadiri penduduk kampung bagi memberikan penghormatan terakhir.
“Jenazah dikebumikan secara Islam dan cara pengebumian agak berbeza sedikit berbanding kematian biasa.
“Cerucuk buluh yang tajam diletakkan di sekitar kubur mangsa untuk mengelakkan harimau belang terbabit terus mencari mayat mangsa,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.
Mohd Sani berkata, penduduk masih hidup dalam ketakutan kerana haiwan liar itu dipercayai masih berkeliaran di kawasan terbabit.
Katanya, dia berharap harimau belang dewasa yang dianggarkan mempunyai ketinggian separas pinggang itu dapat ditangkap dengan segera.
“Saya harap kejadian ini tidak akan berulang lagi kepada orang lain dan berharap binatang buas ini dapat ditangkap dengan segera,” katanya.
Baca Lagi:Brader Proton Saga pukul rider grab di traffic light dijatuhi hukuman penjara 2 bulan, denda RM2000Anak gaduh berebut ‘cop’ parking motor bawah flat, bapa polis masuk campur ditertawakan netizen“Lain kali, kalau tak berapa jelas dengan harga, boleh sahaja tanya depan-depan” – Pemilik restoran Dol Mat Seafood rupanya ibu saudara Linda Hasyim