Status Facebook Bonda Rozita berkaitan Nabi Muhammad SAW ditegur Dr Rozaimi Ramle

Status Facebook Bonda Rozita berkaitan Nabi Muhammad SAW ditegur Dr Rozaimi Ramle.

Pensyarah bidang hadis, Dr. Rozaimi Ramle menegur usahawan terkenal Rozita Ibrahim atau mesra dipanggil Bonda Rozita yang didakwa memuat naik status pada Facebook berkait Nabi Muhammad SAW atas pelbagai perkara.

Rozaimi yang juga pendakwah serta Rektor Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) berkata, memohon pertolongan dan bantuan perlu diminta kepada Allah SWT, bahkan perkara itu pernah dipesan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis.

“Saya baru terbaca satu ‘posting’ Bonda Rozita yang menulis, meminta kepada Rasulullah dalam banyak perkara. Bahawasanya dalam adab kita apabila hendak meminta sesuatu perlindungan penjagaan, sebenarnya perlu minta kepada Allah.

“Hal ini kerana yang berkuasa Allah Azzawajalla. Kita menyayangi Nabi Muhammad SAW, mencintai nabi… tapi nabi berpesan kepada kita. Nabi berpesan kepada Ibn Abbas yang jadi panduan kepada kita,” katanya pada video dimuat naik di TikTok rasmi beliau malam tadi.

Rozaimi kemudian membacakan hadis tersebut yang bermaksud, ‘apabila kamu ingin meminta, mintalah pada Allah dan jika inginkan pertolongan, minta pertolongan kepada Allah Azzawajalla’.

“Jadi hati-hati mintalah daripada Allah. Cintalah Nabi Muhammad SAW, sayangi nabi dan ikut ajaran nabi. Moga Allah Taala merahmati kita semua,” nasihat beliau.

Terdahulu, Bonda Rozita pada Facebook didakwa memuat naik status berkait Nabi Muhammad SAW atas pelbagai perkara sekali gus menerima maklum balas daripada orang ramai berhubung ucapan tersebut.

Baca Lagi:Wanita buat ‘marketing’ jual kereta jadi perhatian ramai, didakwa sengaja tayang payudara besarKubur pemuda Orang Asli maut dibaham harimau di Gua Musang dipasang cerucuk buluhKecoh! Tun M kena serbu kumpulan desak bebaskan Najib di Ceramah Grand Finale PN

About Mat Lan Editor

Check Also

penyanyi-rap-terkenal-temui-hidayah-ketika-dipuncak-kegemilangan,-cinta-bersemi-ketika-mendengar-azan…

Penyanyi Rap terkenal temui hidayah ketika dipuncak kegemilangan, cinta bersemi ketika mendengar azan…

Laungan azan di sebuah masjid di Dubai menarik minat seorang lelaki kulit hitam yang berada …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments