Komander Briged Al-Qassam seru rakyat Malaysia sokong jihad Palestin

Komander Briged Al-Qassam seru rakyat Malaysia sokong jihad Palestin

Rakyat Malaysia di Semenanjung serta Sabah dan Sarawak diseru untuk menyertai jihad bersama Palestin melalui sokongan serta demonstrasi.

Seruan itu dilontarkan Ketua Angkatan Tentera Penentang dan Komander Briged Al-Qassam, Muhammad Al-Deif, menerusi satu klip video yang dimuat naik di media sosial, hari ini.

‎“Wahai saudara kami di Jordan, Lubnan, Mesir, Algeria, Maghribi, di Pakistan, Malaysia, Indonesia dan seluruh negara Arab dan Islam.

‎”Mulakan perjalanan hari ini dan bukan esok, ke arah Palestin. Jangan jadikan sempadan, organisasi, ikatan menghalang kalian daripada jihad dan penyertaan dalam membebaskan Masjidil Aqsa,” katanya.

‎Muhammad Al-Deif berkata, bagi yang tidak mampu menyertai secara penyertaan langsung, maka hendaklah dia menyertai dengan solidariti, demonstrasi dan sokongan.

‎”Keluarlah ke tempat-tempat terbuka dan medan-medan, dan angkatlah panji kebebasan buat Palestin dan al-Aqsa. Isytiharkanlah solidariti secara terbuka untuk menghalang organisasi yang memberikan sokongan kepada penjajah,” ujarnya.

Semalam, media melaporkan pejuang pembebasan Al-Quds dan Briged Al-Qassam Hamas mengisytiharkan serangan balas (operasi Al-Aqsa) terhadap pencerobohan rejim Israel di Palestin.

Ia susulan Israel tidak mengendahkan amaran yang diberikan, sehingga mencemar kesucian Masjid Al-Aqsa dan membunuh ratusan warga Palestin.

Operasi tersebut menyasarkan lapangan terbang dan kubu tentera Israel dengan menggunakan lebih 5,000 peluru berpandu.

Setakat ini, menurut aktivis kemanusiaan Persatuan Cinta Gaza Malaysia, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman, seramai 256 rakyat Palestin terkorban selain 1,788 orang cedera melibatkan 121 kanak-kanak selepas Israel melancarkan serangan udara sejak semalam.

Sumber

Baca Lagi:Wartawan sedang bersiarang langsung nyaris kena ciumMasih ramai lagi yang tak tahu! Ini cara nak kurangkan kadar bil elektrik dari penggunaan aircondBekas kekasih pengantin lelaki ‘balas dendam’ serang majlis perkahwinan, muka pengantin perempuan dilumur dengan tanah liat

About Mat Lan Editor

Check Also

lelaki-cuba-tunjuk-hebat-buat-skil-‘drift’-terbabas-langgar-kereta

Lelaki cuba tunjuk hebat buat skil ‘drift’ terbabas langgar kereta

Polis menahan pemandu kereta Toyota Supra yang melakukan aksi ‘drift’ sehingga terbabas melanggar sebuah kenderaan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments