Terengganu larang atlet beragama Islam sertai gimnastik SUKMA 2024

Terengganu larang atlet beragama Islam sertai gimnastik SUKMA 2024.

Kerajaan negeri Terengganu telah mengeluarkan arahan untuk tidak membenarkan atlet beragama Islam mengenakan pakaian tidak patuh syariah pada kejohanan termasuk Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

Memetik laporan dari Berita Harian, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Terengganu, Hishamuddin Abdul Karim berkata, garis panduan yang dikeluarkan oleh pihak kerajaan negeri itu tidak membabitkan atlet bukan Islam.

Gambar hiasan

Berkata kepada sumber, HIshamuddin menegaskan, garis panduan itu hanya terpakai untuk atlet gimnastik dan gimrama negeri Terengganu yang beragama Islam.

“Jika ada dalam kalangan atlet gimnastik dan gimrama Wanita bukan beragama Islam yang mampu bersaing di SUKMA 2024, persatuan terbabit boleh memohon untuk menghantar peserta”

Tambah Hishamuddin lagi, pihaknya mahu memastikan atlet yang bakal mewakili Terengganu yang berbakat akan diberi keutamaan bagi menghadiahkan pingat untuk negeri.

SUKMA 2024 akan diadakan di Sarawak dan dijadualkan pada 17 hingga 20 Ogos 2024.

Baca Lagi:Tip hilangkan kesan watermark pada cermin kereta hanya guna pes pencuci pingganSuami isteri kongsi pengalaman ’round’ semenanjung selama 10 hari naik motorhomeSelepas Hamas bedil 5,000 roket, tentera Israel bunuh enam pemuda Palestin termasuk remaja 13 tahun

About Mat Lan Editor

Check Also

kelibat-4-‘pontianak-berkeliaran-di-pekarangan-snbj-curi-perhatian-ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai

Kelibat 4 ‘pontianak berkeliaran di pekarangan SNBJ curi perhatian ramai. Perlawanan final Piala FA membabitkan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Recent Comments